Asal Usul Chenor
Terbang merpati dua sekawan,Terbang dibawah cahaya bersinar,Parasnya cantik lagi menawan Itulah asal Namanya chenor,Bertanjak bersampin siapakah dia,Gunung melati bukit belawan,Rakyat bangga wujudnya dia Orang kaya indera pahlawan
Asal usul chenor dikatakan berasal dari seorang janda kaya yang dipanggil Che Nor. Dia adalah seorang Wanita yang mempunyai paras rupa yang cantik dan baik budi pekertinya, Che nor tinggal di tepi sebuah anak sungai kecil yang mengalir ke sungai Pahang. Oleh itu apabila Che Nor meninggal dunia sungai yang didudukinya itu lama-kelamaan tempat tersebut menjadi chenor. Kemudian ada beberapa lagi cerita dari penduduk kampung tentang asal usul nama kg chenor. Chenor adalah sebuah kampung yang bersejarah di masa perang saudara (1857-1863) Peperangan tersebut berlaku antara Tun Mutahir dan Tun Muhammad, mereka merupakan adik-beradik dan anak kepada Tun Ali peperangan ini ada disebutkan dalam Hikayat Pahang. Terdapat pembesar-pembesar dalam kerajaan Pahang moden dipanggil sebagai orang-orang besar berempat yang terdiri daripada
I. Orang kaya indera pahlawan
II. Orang kaya indera perba jelai
III. Orang kaya indera segara
IV. Orang kaya indera shah bandar
SEJARAH KETURUNAN ORANG KAYA INDERA PAHLAWAN YANG ADA DI CHENOR
Chenor juga dipanggil sebagai pekan diraja kerana wujudnya kg raja di chenor yang kekal sehingga ke hari ini. ianya melambangkan bermastautinnya kerabat istana di situ masa suatu masa dahulu. Mengikut cerita penduduk chenor, pada zaman dahulu orang-orang chenor juga pernah terlibat membantu tok gajah dalam perang kelang di Selangor. Pada zaman dahulu chenor juga menjadi tempat persinggahan sultan abu bakar iaitu sultan Pahang pada waktu itu. Baginda akan singgah di chenor setiap kali dalam perjalanan dari pekan ke kuala lipis dan akan disambut oleh penduduk kampung. Maka tidak hairanlah jika di kampung raja,chenor, bersemadinya ramai kerabat diraja Pahang serta kubur pahlawan-pahlawan Pahang pada zaman itu.
KUBUR PAHLAWAN DAN KERABAT DIRAJA PAHANG
Kubur-kubur ini terdapat di sekitar chenor dan bagi kubur-kubur diraja ditempatkan di satu tanah perkuburan di kg.raja. pada masa ini masih ada lagi kerabat sultan Pahang yang masih menetap di chenor.
Tok gemok dimakamkan di tanah perkuburan Kampung Pejing, Chenor sejarah kewujudan tok gemok dianggarkan sekitar 1600-1700 Tahun. Batu Nisannya dipercayai dibawa dari Acheh. Tok Gemok merupakan pemimpin yang disegani penduduk mukim Chenor satu ketika dahulu. Tok Gemok dipercayai berasal dari Minangkabau Sumatera dan datang ke Pahang melalui Pasir Besar Ulu Muar
ORANG KAYA INDERA PAHLAWAN KE-VI
Allahyarham dilahirkan pd tahun 1914 di chenor. Beliau merupakan orang besar berempat Pahang bergelar Yang Mulia Orang Kaya Indera Pahlawan Pahang. Dilantik sebagai Menteri besar Pahang yang ke 6 mulai 18/7/1959-15/05/1964. Beliau pemegang jawatan sebagai Menteri besar Pahang pertama selepas merdeka.
OEANG KAYA INDERA PAHLAWAN KE V-II
Beliau juga dilahirkan di chenor,Pahang pd 17/12/1944 dan beliau pernah menjawat beberapa jawatan penting sebagai pegawai tadbir dan diplomatik Malaysia, penolong setiausaha perkhidmatan, jabatan perkhidmatan awam dan banyak lagi jawatan hebat yang pernah beliau pegang seperti timbatan yang dipertua majlis ugama islam Pahang pada tahun 2006 sehingg sekarang.
RUMAH WARISAN DI CHENOR
Rumah warisan ini dibina tanpa menggunakan paku. Rumah ini merupakan rumah warisan dari kerabat sultan Pahang iaitu Tengku Temenggung Mahmud. Rumah ini tidak digunakan lagi dan dijadikan sebagai pameran untuk orang ramai yang diuruskan oleh putera-puteranya yang Bernama Engku Ngah, Engku Salleh dan Engku Mahmud. Rumah ini adalah bentuk rumah tradisional Pahang yang mempunyai tiga bahagian seperti serambi,rumah ibu dan dapur. Serambi dikhaskan untuk tetamu lelaki bagi tujuan keramaian,mengaji al-quran dan solat berjemaah. Ruang ibu pula terdapat 5 ciri iaitu Lorong,pentas,geta,bebalai dan kelek.
MASJID KG
PANTAI, CHENOR
Masjid ini dipercayai telah dibina pada tahun 1918 dengan tidak menggunakan paku. tanah tempat pembinaan masjid ini merupakan tanah wakaf dari keluarga raja iaitu orang kaya indera pahlawan chenor yang diberi kepercayaan untuk memerintah kawasan tersebut pada ketika itu.
MASJID LAMA
CHENOR