Jumaat, 14 Oktober 2022

Menelaah Karya Sastera

بسـم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Burung murai terbang seribu,hinggap seekor di atas perahu,
rajin-rajinkanlah membaca buku,biar sampai apa yang tahu.

    Sebagai seorang pelajar sastera haruslah mendalami dan menghayati karya-karya sastera yang ada baik dari karya sasterawan negara mahupun karya daripada penulis-penulis yang terkenal. Rentetan itu, pada hari ini telah banyak buku-buku yang berasaskan sastera ada jual di pasaran misalnya dari kedai-kedai buku, aplikasi jualan atas talian  ataupun  boleh didapati di mana-mana perpustakaan yang ada. Oleh itu, antara buku-buku yang pernah di baca dan dikaji berkaitan dengan sastera ialah puisi warisan yang ditulis oleh Aripin Said dan dicetak oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka tahun 2005. Buku ini berkisarkan tentang puisi klasik yang terdiri daripada pantun, syair, gurindam, seloka, jampi serapah dan mantera. Lantaran, dalam buku ini juga ada menyebut tentang bahasa berirama, nyanyian rakyat dan puisi klasik yang dipengaruhi oleh arab parsi atau yang terdapat dalam sejarah melayu serta perbilangan kaum. 

    Selain itu , saya juga ingin menceritakan sedikit sebanyak tentang biodata penulis dari buku puisi warisan ini. Nama beliau adalah Dato' Aripin Bin Said yang dilahirkan pada tanggal 11 Disember tahun 1948 di Kampung Batu Bor, Mukim Bera, Temerloh Pahang. Beliau merupakan Tokoh Budaya Pahang dan juga dikenali sebagai  Tokoh Orang Hidup Warisan Kebangsaan malaysia. lagu rakyat juga sering dinyayikan oleh beliau kerana beliau adalah seorang pengelola lagu rakyat melayu yang di tulis dan digubahnya sendiri. selain itu, sudah semestinya beliau gemar membaca dan juga menjadi seorang penulis handal yang memperjuangankan warisan tanah air. menerusi bidang penulisan beliau pernah menjadi penyunting majalah di Sekolah Menengah Abu Bakar, Temerloh dan juga ada terlibat dengan drama di sekolah tersebut. kini beliau telah berjaya menghasilkan kira-kira 20 buah cerpen dan puisi yang sering tersiar di akbar.

"sesungguhnya genre puisi klasik sebagai satu daripada hasil sastera amat berfungsi dalam kehidupan masyarakat masa lalu. puisi-puisi yang dimaksudkan itu bukan sahaja didengar sebagai satu pengucapan yang indah tetapi lebih jauh daripada itu ia digunakan dalam ucapaca tertentu dalam kehidupan masyarakat itu sendiri".

petikan diatas diambil dari buku puisi warisan yang telah menerangkan betapa pentingnya hasil sastera ini kepada semua orang dan telah mendapat tempat dalam kehidupan masyarakat pada suatu ketika dahulu. Hal ini kerana, budaya sastera memang sentiasa di semat dan sudah sebati dalam diri dan hati mereka hingga dapat mencapai kehidupan yang madani.  Oleh itu, kita hendaklah menjaga dan memelihara karya-karya sastera yang ada agar tidak luput ditelan zaman dan dapat dikekalkan hingga ke anak cucu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Isu Semasa