Memaparkan catatan dengan label Pengarang Sastera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengarang Sastera. Papar semua catatan

Ahad, 22 Oktober 2023

Keris Mas Sasterawan Pertama

 



Kamaluddin Muhamad yang lebih dikenali sebagai Keris Mas merupakan tokoh sastera berprolifik dan beliau juga telah dinobatkan sebagai sasterawan negara yang pertama iaitu pada tahun 1881 di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen. Keris Mas telah dilahirkan di Kampung Ketari, Bentong Pahang pada 10 Jun 1922 dan telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1992. Pendidikan awal beliau di sekolah Melayu malah beliau berhasrat untuk bertukar sekolah di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Beliau turut meneruskan pengajian di Kolej Kuliyatul Mu'allimin Al-Islamiah iaitu Maktab Perguruan Islam. Selanjutnya, Keris Mas pernah bertugas sebagai Pegawai Penerangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Pengarang Penerbitan Utusan Melayu di Singapura, Warta Negara, dan Pengarang Umum di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Keris Mas telah berjasa dengan cara memberi sumbangan dalam memajukan majalah Utusan Zaman dan Mastika. Selain itu, Keris Mas merupakan tokoh penulis cerpen dari ASAS 50 yang begitu pengaruh dalam keadilan sosial serta pernah memenangi beberapa Anugerah Sastera. Terdapat banyak karya Keris Mas yang terkenal seperti Rimba Harapan, Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, Anak Titiwangsa serta lain-lain lagi. Sehingga akhir tahun 1960, sebanyak 60 buah cerpen telah dihasilkan. Cerpen-cerpennya itu kini telah dimuatkan dalam beberapa buah antologi iaitu Mekar dan Segar (1959), Dua zaman (1963), Patah Tumbuh (1963), Pertentangan (1968).

Rabu, 28 Disember 2022

puisi Raja Ali Haji



بسـم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
Puisi merupakan salah satu cabang sastera Melayu dimana cabangnya terbahagi kepada dua iaitu prosa dan puisi. Menurut Ibaragi Noriko (dalam Suroto, 2001:40) menyatakan bahawa puisi adalah salah satu karya sastera yang berbentuk pendek, singkat dan padat yang dicurahkan daripada isi hati, fikiran dan perasaan penyair, dengan segala kemampuan bahasa yang dimiliki, bersifat kreatif serta imaginatif. Puisi juga terbahagi kepada dua iaitu puisi moden dan puisi tradisional. Puisi tradisional terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya ialah pantun, gurindam, syair, teromba, talibun, jampi, mantera, nazam dan lain-lain. Puisi moden pula terlahir satu bahagian sahaja iaitu sajak. 

    Menurut Muhammad Fudhail Bin Ishak (2018), puisi tradisional merupakan karangan berangkap yang memancarkan budaya dan corak pemikiran masyarakat Melayu tradisional yang cukup berseni. Puisi moden pula merupakan puisi baharu yang bebas daripada peraturan-peraturan dalam pembentukan rangkap, baris, kata, dan rima. Salah satu puisi tradisional yang terkenal adalah gurindam. Berdasarkan definisi yang diberikan oleh Raja Ali Haji dan Sutan Takdir Alisahbana (1954), menjelaskan pembentukkan gurindam yang biasanya terjadi daripada sebuah kalimat majmuk, yang dibahagi menjadi dua baris yang bersajak. Keagamaan pula merujuk kepada perihal agama dan hal-hal yang berkaitan dengan agama sama ada berbentuk niat, perbuatan, lafaz, dan sebagainya. Aspek keagamaan terdiri daripada nilai-nilai islam atau agama dan kehidupan beragama.

    Raja Ali Haji merupakan seorang tokoh ilmuwan serta seorang intelektual terkemuka di seluruh Nusantara. Raja Ali Haji merupakan anak kelahiran bangsawan Bugis tinggal di Pulau Penyengat, Riau. Raja Ali Haji terkenal menerusi beberapa kitabnya seperti Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Tajul Muluk serta puisi tradisional Gurindam Dua Belas. Gurindam Dua Belas terdiri daripada dua belas fasal yang ditulis berkenaan beberapa isu seperti isu tanggungjawab pemerintah, tanggungjawab anak, tanggungjawab ibu bapa, ibadah, hidup bermasyarakat dan beberapa isu-isu lain. 


Jumaat, 21 Oktober 2022

A.Samad Said Tokoh Sasterawan

 
بسـم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nama diberi Abdul Samad Muhammad Said atau lebih dikenali dengan  Datuk A.Samad Said yang merupakan seorang sasterawan negara tanah air. beliau  telah banyak meyumbang dalam bidang penulisan kreatif dengan semangat yang tinggi  dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi . Beliau seorang yang sangat  tekun dalam membaca karya-karya orang lain justeru itu, ianya telah menjadi kebiasaan A.Samad Said sehingga beliau telah dianugerahkan sebagai Sasterawan Negara yang ke-4 pada tahun 1985. SN Datuk A.Samad Said telah dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. selain,itu beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura dari tahun 1940-1946. kemudian melanjutkan pelajarannya di Victoria Institution sehingga memperolehi sijil Senior Cambridge pada tahun 1956. Rentetan itu, kata beliau untuk melahirkan karya, karyawan tidak hanya bergantung pada bahan dan bakat serta kekuatan fikiran sahaja, tetapi yang penting ialah pembacaan dan pengalaman yang luas. beliau juga telah banyak menerima anugerah dari pelbagai acara atau pengiktirfan. salah satunya yang paling terkenal adalah anugerah sea write award yang juga telah digarap oleh beliau pada tahun 1979.
     SN Datuk A.Samad Said merupakan tokoh sastera yang paling disegani oleh pengarang-pengarang lain. Hal ini kerana, sifat atau kreateria yang ada pada diri beliau sangat dikagumi oleh setiap pembaca malah pengarang-pengarang yang lain juga . Dalam konteks ini, beliau mempunyai aura yang sangat hebat seakan memahami isi hati dan keperluan dalam diri seseorang itu. beliau sangat menekankan keindahan dan keestetika dalam karyanya yang dapat menyentuh dan menarik minat pembaca. pengarang berharap agar SN Datuk A.Samad Said dapat membimbing dan mencurahkan segala ilmu yang beliau ada sebagai penyuntik kepada pengarang-pengarang yang baharu agar keindahan dan keunikkan karya sastera itu tidak dilupakan dan tidak dipandang dengan sebelah mata. oleh itu, kita hendaklah bersyukur dan menghargai beliau kerana tanpa orang-orang hebat seperti beliau kita tidak mampu untuk membangun dan memartabatkan karya-karya sastera.

Kritikan Teater " Mat Derih Kola Perlih

Pengenalan (Gambar: Penulis karya) Namron atau nama sebenarnya Shahili Abdan telah dilahirkan pada tanggal 21 November 1969 di Kangar, Perli...