Sabtu, 26 November 2022

Jauhi Drama Ini!

 بسـم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada tahu lepas, kecoh dalam kalangan warganet apabila sedutan drama yang berjudul Stay Away For Me yang memaparkan babak homoseksual telah tular di media sosial. drama ini dipercayai telah diterbitkan oleh sebuah syarikat aplikasi pasangan sejenis, iaitu Blued yang melibatkan pelakon melayu dibawah umur yang berusia 17 tahun. Lantaran itu, drama ini merupakan drama bersiri yang mula disiarkan pada setiap hari ahad di media sosial. Drama ini dipercayai berkisarkan tetang hubungan cinta gay dan telah mencetuskan kontroversi kerana telah  menyentuh aspek Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT). Adakah wajar Drama ini ditayangkan? dimanakah peranan pihak-pihak yang bertanggungjawab? Walaubagaimanapun, pelakon utama iaitu seorang lelaki muda yang bernama Danish Iskandar telah tampil di Harian Metro untuk  menegaskan bahawa pada mulanya dia tidak tahu berkenaan jalan cerita siri itu dek kerana kurang jelas dengan penjelasan yang diberikan oleh pihak produksi ketika pertama kali mendatangi bermesyuarat .Dia juga ada Menjawab persoalan mengenai status seksualiti yang dibawa dalam drama tersebut, katanya babak romantik membabitkan dirinya dan seorang lagi pelakon lelaki adalah lakonan semata-mata. dimanakah terletaknya maruah diri seorang yang bernama muslim?Malah jelasnya lagi bahawa adegan-adegan yang membawa kepada perwatakan sejenis itu sebenarnya tidak wujud dalam skrip asal lakonan dan pihak produksi telah meminta untuk ditambah ketika penggambaran berlangsung. 

    Namun, sebagai seorang pelakon yang berkredibiliti kita hendaklah cakna dan soal selidik dahulu latar belakang penerbit dan jalan cerita yang ingin disampaikan agar diri kita dan orang lain tidak terjerus ke dalam lembah kemungkaran. malaysia pada masa kini telah banyak terjebak dengan isu-isu LGBT. hal ini, membawa kepada fahaman budaya songsang melawan arus sistem agama, kemanusiaan dan keluarga. Bahkan sering menjadi berita yang sentiasa menjadi buah mulut masyarakat hari ini. Mereka yang memilih dan terjebak dalam budaya songsang ini dengan jelasnya telah melakukan sesuatu yang tidak normal serta tidak menghormati agama. Jika dilihat dari perspektif yang lebih besar, budaya ini sememangnya boleh merosakkan sistem sosial dan keluarga

    Justeru, pentingnya seseorang penerbit menyajikan segala elemen kebaikan, kebenaran dan keindahan dalam drama-drama yang akan datang. Khususnya dalam membentuk watak, perwatakan berserta nilai dan pengajaran yang perlu disampaikan. Selain itu, ianya juga dapat memberi kesan positif kepada para penonton, malah yang paling penting adalah dapat melahirkan keperibadian penonton serta generasi muda pada hari ini.


Jumaat, 18 November 2022

Bumi Kenyalang memori Terbentang




بسـم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

kepada yang sedang membaca apa khabar kamu disana? pastinya kamu sedang menanti akan secebis kisah pendek dari gadis biru ini. pertama sekali marilah kita mengucapkan syukur kepada al muqit yakni tuhan yang maha baik , kerana telah memberi peluang dan ruang kepada si gadis untuk mengarang serta diberi kesempatan masa untuk kamu seorang yang kuat terus-menerus membaca tulisan si gadis biru ini. Rentetan itu, terima kasih diucapkan kerana dirimu yang begitu berharga dan sudi memberi perhatian sehabis baik sungguh kamu seorang yang berhati mulia dan berjiwa suci. justeru, jiwamu sedang merindui nada cinta ilahi dan kerana itulah tuhan mempertemukan kita disini.
    Teruntuk lapan sahabatku yang dikasihi dan dirindui , kita telah ditemukan di kampus hijau yang terletak dibumi kenyalang nan indah.  apa kamu tahu, bahawa tuhan itu benar-benar mencintai kita semua? apa kamu juga mengetahui bahawa dia adalah al wadud al-badi yakni tuhan sang pencipta yang amat menyanyangi segala akan ciptaannnya. setiap kali hambanya melakukan kesilapan dosa dia sentiasa memberi peringatan dan pengampunan. Segala puji baginya yang tidak penah lupa dan tidak penah meninggalkan kita. Dia merupakan sumber tenaga, penguat semangat kepada kita sebagai insan lemah untuk meneruskan hidup dan menepuh cabaran di alamnya. Banyakkan bersyukur atas kasih dan sayangnya kita dapat merasai pelbagai pengalaman dan mempelajari dari anugerah pengalaman itu sendiri untuk menjadi seorang insan yang bertaqwa pada hari ini. Selawat dan salam buat kekasih tercinta ilahi, nabi muhammad sallahu alayhi wassalam yang amat mulia. baginda yang selalu kami rindui dan kasihi jauh di sudut hati. Semoga syafaat baginda dapat membantu sekalian kita di akhirat dan pertemukan kita semua di syurga kelak. 

    Kemudian dengan kesempatan ini, inginku ungkapkan rasa kasih yang tidak pernah hilang dan pudar dalam hati buat sahabat handai yang sentiasa berada di sisi dan menyaksikan segala kisah yang pernah ku alami dalam hidup sepanjang bersama dengannya di bumi kenyalang. Doaku sentiasa mengiringi setiap langkahmu wahai sahabat, tak pernah berhenti dalam kalbu ni merindui kalian semua. Aku disini berada dalam keadaan baik- baik sahaja. Hanya rindu yang dapat aku ku rasakan sehingga terkadar berubah menjadi air mata yang terkadang dirembeskan ke pipi tanpa disedari. Terima kasih buat kalian yang telah menjadi tulang belakang dan membakar semangat diri ini sehingga mampu bertahan dan menerima segala takdir dari ilahi demi memegang segulung kertas yang bernilai namun tidak dapat digantikan dengan persahabatan kita yang tidak ternilai dan begitu berharga. Dengan kesempatan ini inginku tunduk memohon kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung jari kaki jika adanya terusik hati serta halalkan segala perkara yang di ambil dan diberikan dalam masa persahabatan kita. sudah menjadi lumrah manusia yang diberi kehidupan di bumi allah ini, kita akan ditemukan dan diperkenalkan dengan pelbagai ragam masing-masing bahkan mungkin akan seiring bersama. sementara itu, setelah suka datang menerpa akan hadirnya duka, lalu bersedih,terluka dan kecewa yang sudah dirasai bersama. akhir kalam, semaga setiap kenangan yang dilakar dalam ingatan ini, berjaya menjadi sebuah lukisan yang indah untuk kita tatap di setiap hari. wallahualam


 

Selasa, 8 November 2022

Wanita Sufi, Aroma Cinta Ilahi


بسـم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"Aku tidak menyembah-Nya kerana takut neraka atau berharap syurga, Aku tidak seperti buruh yang jahat, dan jika dibayar bahagia,jika tidak dibayar bersedih. Aku menyambah-Nya semata-mata kerana cinta dan rindu kepada-Nya."
_Rabi'ah Al-Adawiyah_

sufi merujuk kepada seseorang yang membangunkan dirinya untuk menjauhi segala urusan duniawi. kaum sufi selalunya akan berusaha sehabis baik untuk menyucikan diri mereka agar lebih dekat dengan tuhan. selain itu, sufi atau dikenali Sufisme menjadikan seseorang itu  untuk tetap berada di jalan Allah SWT yakni jalan yang lurus. justeru itu, dengan menerapkan sufisme atau tasawuf dalam diri, kehidupan seseorang itu tidak akan berlebihan dalam hal duniawi dan tetap fokus pada keimanan dan takwaan kepada tuhan yang maha esa. rentetan itu, ada pelbagai tingkat yang harus dilaului untuk mencapai ke tahap yang paling tertinggi yakni ma'rifah ilahi. dalam konteks ini, dengan pelbagai cara dapat dilaksanakan untuk menyucikan diri. oleh itu, semakin bertambah sededaran dalam diri akan kelemahan seseorang insan yang bergelar makhluk tuhan serta dapat membuka minta dan mata hati akan kasih sayang tuhan yang sentiasa dapat dirasakan dan tiada bitaranya. Makrifat membawa maksud mengenal Allah S.W.T ya Al-Badi yakni tuhan sekalian alam dan pencipta kepada seluruh makhluk. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, makrifat merupakan ilmu untuk mengenali sesuatu perkara yakni hal-hal kerohanian pada peringkat yang paling tinggi atau sempurna dalam ilmu tasawuf. Allah S.W.T berfirman:

 “Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami adalah Allah!” kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu”. (Surah Fussilat Ayat 30)
    
petikan ayat al-quran di atas menjelaskan bahawa makrifat ilahi merupakan pengalaman kegamaan yang tertinggi. ianya boleh dimiliki tidak kira muslimin atau muslimat yang berharap agar dapat menjadi hamba allah yang beriman dan bertaqwa sehingga memiliki darjat yang tertinggi di sisinya.rabi'ah al-adawiyah merupakan seorang pelopor dalam bidang tasawuf yang sering disebutkan berkaitan perbuatan, perilaku dan syair-syair beliau. Justeru itu, perjalanan hidup rabi'ah al-adawiyah telah mendapat tempat dan keterhadapan dalam memperkasakan ilmu tasawuf dengan memperkenalkan gaya baru, iaitu cinta ilahi. oleh itu, Rabi'ah al-adawiyah menjadi terkenal dan tercatat dalam sejarah sufi kerana telah membawa pembaharuan dalam aspek kerohanian. pelbagai cabaran dan rintangan yang telah dihadapi oleh rabi'ah Al-adawiyah untuk membentuk sebagai seorang wanita sufi yang hidup untuk mengagungkan tuhannya dan hidup semata-mata kepada khaliqnya.

 

Khamis, 3 November 2022

Imam Syafei pejuang kebenaran


بسـم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"jika kamu tidak sanggup menahan lelahnya BELAJAR, 
maka kamu harus sanggup menahan peritnya KEBODOHAN"
_Imam Syafei_

    Umum mengetahui bahawa imam syafie adalah seorang ulama hebat yang telah menguasai pelbagai cabang ilmu dan sangat terkenal kerana beliau juga menguasi bidang akidah serta mempunyai ramai pengikut oleh kerana beliau merupakan dari kalangan keluarga quraisy yang berkaitan dengan baginda Rasulullah S.A.W. Di Malaysia juga telah memilih mazhab syafei sebagai panduan dalam pelbagai bidang khususnya  ilmu berkaitan fiqh. Nama diberi adalah muhamamad bin idris bin abbas bin ulthman bin shafei bin saib bin abdu yazid bin hasyim bin abdul mutalib bin abdul manaf. ayahndanya berketurunan quraisy dari bani mutalb dan telah meninggal dunia semasa beliau masih kanak-kanak. namun ada yang berpendapat bahawa kedua ibubapanya telah meninggal dunia saat beliau masih di dalam perut ibunya. kota gaza palestin adalah merupakan tempat beliau dilahirkan pada bulan rejab tahun 150 hijrah. beliau hidup dalam kemiskinan dan serba kekurangan. akan tetapi dari kecil lagi beliau telah mempelajari dan menghafal kitab suci al-quran sejak berusia sembilan tahun. selain itu, beliau telah menghafal dan memahami kitab al-muuwatta' karya dari imam malek selama tempoh 10 tahun. kemudian, imam syafei dianugerahkan suara yang merdu serta boleh bersajak dan bersyair dengan hebat. beliau juga pernah mengajar dan memberi fatwa kepada jemaah di masjid al-haram ketika berusia 15 tahun. imam syafei sangat disegani serta disanjungi oleh masyarakat kerana kegigihan dan keintelktual luar biasa yang ada pada beliau. pada tahun 204 beliau telah pergi meninggalkan dunia di mesir ketika berumur 54 tahun. 

    Beliau juga sangat kuat menentang amalan bidaah yang dibawa oleh masyarakat sewaktu dahulu. Bidaah dari sudut istilah merujuk kepada perkara-perkara yang diniatkan kononnya untuk mendekatkan diri kepada Allah, tetapi bercanggah dengan aturan agama.  Menurut imam syafei amalan bidaah ini terbahagia kepada dua, pertama bidaah yang terpuji dan kedua adalah bidaah yang keji. dalam konteks ini, amalan yang bersesuaian dengan sunnah adalah bidaah yang terpuji manakala amalan yang menyalahi atau bercanggah dengan sunnah adalah bidaah yang keji. imam syafei mengatakan bahawa setiap perkara yang dilakukan menyalahi al-quran dan sunnah serta ijtimak ulama merupakan bidaah yang berada dalam kesesatan. Ibnu ruhuwaih berkata "iman syafei memiliki lidah yang fasih dan iman yang teguh, justeru itu, beliau telah menjadi ahli bidato yang mengetahui rahsia kejiwaan. sumbangan yang diberikan oleh imam syafei telah dikatakan agak besar sekali khususnya dalam bidang perundangan. kira-kira 113 kitab yang telah susun oleh beliau untuk dipelajari  masyarakat sehingga ke hari ini. Antaranya ialah kitab ar-risalah yang menerangkan cara mengambil hukum daripada al-quran dan hadis. kemudian membincangkan naskh,kecacatan hadis, syarat penerimaan hadis, ijmak, istihsan dan qias. seterusnya, dalam kitab al-umm terdapat ilmu-ilmu berkaitan ibadat,muamalat,jenayah dan lain-lain lagi. manakala dalam kitab ilmak al-ilmu ulama telah dikumpulkan tentang pembelaan terhadap hadis.

Isu Semasa