Jumaat, 18 November 2022

Bumi Kenyalang memori Terbentang




بسـم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

kepada yang sedang membaca apa khabar kamu disana? pastinya kamu sedang menanti akan secebis kisah pendek dari gadis biru ini. pertama sekali marilah kita mengucapkan syukur kepada al muqit yakni tuhan yang maha baik , kerana telah memberi peluang dan ruang kepada si gadis untuk mengarang serta diberi kesempatan masa untuk kamu seorang yang kuat terus-menerus membaca tulisan si gadis biru ini. Rentetan itu, terima kasih diucapkan kerana dirimu yang begitu berharga dan sudi memberi perhatian sehabis baik sungguh kamu seorang yang berhati mulia dan berjiwa suci. justeru, jiwamu sedang merindui nada cinta ilahi dan kerana itulah tuhan mempertemukan kita disini.
    Teruntuk lapan sahabatku yang dikasihi dan dirindui , kita telah ditemukan di kampus hijau yang terletak dibumi kenyalang nan indah.  apa kamu tahu, bahawa tuhan itu benar-benar mencintai kita semua? apa kamu juga mengetahui bahawa dia adalah al wadud al-badi yakni tuhan sang pencipta yang amat menyanyangi segala akan ciptaannnya. setiap kali hambanya melakukan kesilapan dosa dia sentiasa memberi peringatan dan pengampunan. Segala puji baginya yang tidak penah lupa dan tidak penah meninggalkan kita. Dia merupakan sumber tenaga, penguat semangat kepada kita sebagai insan lemah untuk meneruskan hidup dan menepuh cabaran di alamnya. Banyakkan bersyukur atas kasih dan sayangnya kita dapat merasai pelbagai pengalaman dan mempelajari dari anugerah pengalaman itu sendiri untuk menjadi seorang insan yang bertaqwa pada hari ini. Selawat dan salam buat kekasih tercinta ilahi, nabi muhammad sallahu alayhi wassalam yang amat mulia. baginda yang selalu kami rindui dan kasihi jauh di sudut hati. Semoga syafaat baginda dapat membantu sekalian kita di akhirat dan pertemukan kita semua di syurga kelak. 

    Kemudian dengan kesempatan ini, inginku ungkapkan rasa kasih yang tidak pernah hilang dan pudar dalam hati buat sahabat handai yang sentiasa berada di sisi dan menyaksikan segala kisah yang pernah ku alami dalam hidup sepanjang bersama dengannya di bumi kenyalang. Doaku sentiasa mengiringi setiap langkahmu wahai sahabat, tak pernah berhenti dalam kalbu ni merindui kalian semua. Aku disini berada dalam keadaan baik- baik sahaja. Hanya rindu yang dapat aku ku rasakan sehingga terkadar berubah menjadi air mata yang terkadang dirembeskan ke pipi tanpa disedari. Terima kasih buat kalian yang telah menjadi tulang belakang dan membakar semangat diri ini sehingga mampu bertahan dan menerima segala takdir dari ilahi demi memegang segulung kertas yang bernilai namun tidak dapat digantikan dengan persahabatan kita yang tidak ternilai dan begitu berharga. Dengan kesempatan ini inginku tunduk memohon kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung jari kaki jika adanya terusik hati serta halalkan segala perkara yang di ambil dan diberikan dalam masa persahabatan kita. sudah menjadi lumrah manusia yang diberi kehidupan di bumi allah ini, kita akan ditemukan dan diperkenalkan dengan pelbagai ragam masing-masing bahkan mungkin akan seiring bersama. sementara itu, setelah suka datang menerpa akan hadirnya duka, lalu bersedih,terluka dan kecewa yang sudah dirasai bersama. akhir kalam, semaga setiap kenangan yang dilakar dalam ingatan ini, berjaya menjadi sebuah lukisan yang indah untuk kita tatap di setiap hari. wallahualam


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Isu Semasa