Selasa, 8 November 2022

Wanita Sufi, Aroma Cinta Ilahi


بسـم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"Aku tidak menyembah-Nya kerana takut neraka atau berharap syurga, Aku tidak seperti buruh yang jahat, dan jika dibayar bahagia,jika tidak dibayar bersedih. Aku menyambah-Nya semata-mata kerana cinta dan rindu kepada-Nya."
_Rabi'ah Al-Adawiyah_

sufi merujuk kepada seseorang yang membangunkan dirinya untuk menjauhi segala urusan duniawi. kaum sufi selalunya akan berusaha sehabis baik untuk menyucikan diri mereka agar lebih dekat dengan tuhan. selain itu, sufi atau dikenali Sufisme menjadikan seseorang itu  untuk tetap berada di jalan Allah SWT yakni jalan yang lurus. justeru itu, dengan menerapkan sufisme atau tasawuf dalam diri, kehidupan seseorang itu tidak akan berlebihan dalam hal duniawi dan tetap fokus pada keimanan dan takwaan kepada tuhan yang maha esa. rentetan itu, ada pelbagai tingkat yang harus dilaului untuk mencapai ke tahap yang paling tertinggi yakni ma'rifah ilahi. dalam konteks ini, dengan pelbagai cara dapat dilaksanakan untuk menyucikan diri. oleh itu, semakin bertambah sededaran dalam diri akan kelemahan seseorang insan yang bergelar makhluk tuhan serta dapat membuka minta dan mata hati akan kasih sayang tuhan yang sentiasa dapat dirasakan dan tiada bitaranya. Makrifat membawa maksud mengenal Allah S.W.T ya Al-Badi yakni tuhan sekalian alam dan pencipta kepada seluruh makhluk. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, makrifat merupakan ilmu untuk mengenali sesuatu perkara yakni hal-hal kerohanian pada peringkat yang paling tinggi atau sempurna dalam ilmu tasawuf. Allah S.W.T berfirman:

 “Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami adalah Allah!” kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu”. (Surah Fussilat Ayat 30)
    
petikan ayat al-quran di atas menjelaskan bahawa makrifat ilahi merupakan pengalaman kegamaan yang tertinggi. ianya boleh dimiliki tidak kira muslimin atau muslimat yang berharap agar dapat menjadi hamba allah yang beriman dan bertaqwa sehingga memiliki darjat yang tertinggi di sisinya.rabi'ah al-adawiyah merupakan seorang pelopor dalam bidang tasawuf yang sering disebutkan berkaitan perbuatan, perilaku dan syair-syair beliau. Justeru itu, perjalanan hidup rabi'ah al-adawiyah telah mendapat tempat dan keterhadapan dalam memperkasakan ilmu tasawuf dengan memperkenalkan gaya baru, iaitu cinta ilahi. oleh itu, Rabi'ah al-adawiyah menjadi terkenal dan tercatat dalam sejarah sufi kerana telah membawa pembaharuan dalam aspek kerohanian. pelbagai cabaran dan rintangan yang telah dihadapi oleh rabi'ah Al-adawiyah untuk membentuk sebagai seorang wanita sufi yang hidup untuk mengagungkan tuhannya dan hidup semata-mata kepada khaliqnya.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Isu Semasa