بسـم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Banjir merupakan bencana alam yang sering melanda negara malaysia khususnya negeri -negeri yang berada di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. pada kebiasaannya negeri yang disebelah pantai timur ini akan mengalami musim tengkujuh pada setiap akhir tahun dalam jangkaan pada bulan 12 hingga ke bulan 2. selain itu, Hujan lebat yang kerap berlaku pada musim itu akan menyebabkan banjir di kawasan sekitar tersebut. Air Banjir selalunya akan melanda kawasan-kawasan yang rendah seperti kawasan berhampiran sungai dan paya. hal ini akan menyebabkan banyak harta benda yang musnah serta binatang ternakan dan tanaman turut mati. Mereka yang terlibat seperti orang kampung akan menghadapan kehilangan tempat tinggal dan kemusnahan harta benda. Lantaran itu, Banjir juga boleh mengancam nyawa yang mengakibatkan ramai orang yang lemas kerana bermain dengan air banjir kerana air alirannya amat deras dan dalam. Apatah lagi jika mereka tidak tahu untuk berenang untuk menyelamatkan diri. Justeru, Air banjir yang keruh akan menghanyutkan pelbagai benda yang berbahaya seperti kayu tajam, tali dan sebagainya. malah Ada yang nahas kerana terlanggar atau terperangkap dengan barangan yang dihanyutkan oleh air yang deras tersebut. kemudian, Air banjir juga telah dicemari dengan pelbagai kotoran daripada air kumbahan, bangkai binatang dan sebagainya. hal ini boleh menyebarkan penyakit dan janganlah sesekali mengambil air banjir untuk diminum, apatah lagi jika tidak dimasak. Oleh itu, apabila tiba musim hujan kita mestilah berhati -hati. Adalah lebih baik jika kita berpindah ke tempat yang lebih selamat sebelum kawasan rumah dinaiki air naik dengan cepat.
Kampung Sekara merupakan tempat diriku dibesarkan oleh kedua-dua belah tangan ibubapaku yang tidak pernah berhenti dari berhempas pulas mencari wang demi mengisi perut anak-anaknya. selama 23 tahun aku dibesarkan di rumah ini dan telah banyak kenangan pahit manis yang telah dilakar dan disusun oleh takdirnya. Saban tahun kampungku akan dilanda banjir dan rumahku dinaiki air banjir dek kerana rumahku letaknya berhadapan dengan sungai besar pahang manakala di belakang rumahku pula terdapatnya paya yang begitu luas. penduduk kampung seakan sudah lali dengan bencana ini namun terkadang menguji keimanan dan kesabaran untuk menghadapi dugaan sebegini hamir setiap tahun. musabab itu, penduduk kampung akan membuat persedian awal untuk menepuhi banjir dengan pelbagai perkara. setakat itu saja cerita pendek dariku tentang banjir wallahualam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan