بسـم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bahasa melayu telah pun termaktub di perlembagaan persekutuan dalam perkara 152 telah menjadi peranan kita sebagai rakyat malaysia untuk memperkasa dan mengembangkan lagi bahasa melayu ke serantau dunia. namun dapat disaksikan bahawa bahasa dan budaya adalah saling berkait rapat untuk membentuk negara yang sejagat dan harmoni. menurut iznan yaakub memartabatkan bahasa melayu dan sastera tempatan seharusnya dimainkan oleh semua pihak. rentetan, kerana bahasa melayu adalah bahasa yang pernah diiktiraf menjadi lingua franca pada suatu zaman dahulu dan berkembang dengan jayanya sehingga ke hari ini. Namun pada zaman teknologi terkini banyak memberi kesan kepada masyarakat pada hari ni khususnya anak muda. apakah peranan anak muda untuk memperkayakan bahasa melayu ini? bak kata pepatah bahasa jiwa bangsa. dalam konteks ini, akan di kupas isu, cabaranan serta peranan anak muda untuk mempertahankan bahasa dan budaya di zaman yang serba canggih ini.
Adakah anak muda sedar bahawa mereka lah yang akan menjadi penyambung legasi sebagai pemimpin untuk memakmurkan tanah air pada masa hadapan? malah apabila dunia hari ini telah diperkenalkan dengan teknologi yang pelbagai akan timbullah isu-isu sosial yang bobrok dan akan memberi kesan buruk kepada bahasa ibunda kita jika tidak dibendung dengan rapi. Seperti kata Tuan Asri Husin Bahasa menjadi cerminan kepada budaya bangsa. Lantaran hari ini, karya-karya novel erotis telah menjadi kegilaan di kalangan anak muda, saya agak gusar dan resah dengan perkembangan novel-novel pada hari ini. Pelbagai isu yang berlaku di dunia karya sastera tanpa ada pemantau dari mana-mana pihak untuk membanteras individu yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan perkara yang sedemikian rupa. Karya novel telah menjadi medan untuk melampiaskan ketidaksenonohan dalam berbahasa dan soal bahasa sudah tidak dititik beratkan. Hal ini dapat kita lihat jika terdapat satu perkataan yang tidak tepat di media sosial akan berlakunya pendebatan yang hangat dalam kalangan pencinta bahasa, ahli linguistik malah di peringkat parlimen sekali pun.
Sememangnya perkembangan novel mempunyai masa depan yang sangat cerah di malaysia. Namun, tidak ramai yang memiliki bakat dan kelebihan yang dapat menghasilkan karya sastera yang berkualiti. Justeru itu, dari membacaan menerusi karya sastera dapat membuka fikiran para membaca untuk berfikir lebih jauh dan yang penting karya sastera yang dibaca haruslah mengandungi bahasa dan maklumat yang bernilai serta bermutu tinggi. Antara kesalahan yang dapat diteliti dalam novel yang tidak bernilai adalah dengan mencampur adukkan bahasa melayu dengan bahasa inggeris atau lebih dikenali sebagai bahasa rojak. Selain itu, menulis ayat dengan penggunaan bahasa atau kata yang tidak bersesuaian, misalnya penulis novel dapat mengetahui akan kesalahan yang dibuatnya, namun mereka tetap meneruskannya kerana adanya sifat rakus untuk meraih populariti dan keuntungan semata-mata dan langsung tidak punya rasa malu dan bertanggungjawab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan