Cerita ini mengisahkan tentang Dania, seorang gadis bandar yang memiliki seorang teman lelaki bernama Qabil. Hubungan mereka sangat terbuka sehingga Dania mengandung anak tanpa sah taraf. Namun, Qabil enggan mengambil tanggungjawab dan memutuskan untuk melarikan diri ke luar negara. Datuk Safuan (Ayah Dania) menginginkan agar Dania menggugurkan kandungannya, merasakan bahawa kehamilan Dania akan menghancurkan impian beliau yang kini sibuk berkempen untuk jawatan presiden persatuan niaga. Datin Kay, ibu Dania, dengan tekad menyembunyikan Dania di Wadi Safiyyah iaitu sebuah pusat perlindungan untuk gadis-gadis yang menghadapi masalah. Tanpa diduga pusat tersebut dimiliki oleh orang tua Qabil. Di Wadi Safiyyah, Dania mulai merasakan ketenangan dan dengan ikhlas menyerahkan cintanya kepada Allah. Kemudian, Iqbal kembali ke Wadi Shafiyyah yang menarik perhatian penduduk di sana, terutama Nora dan Sheera. Ustazah Umairah, adik angkat Iqbal, turut gembira dengan kepulangan beliau. Umairah selalu menyayangi Iqbal dan menaruh harapan besar padanya, setelah tunangannya, Siti Aisyah, meninggal dunia. Tanggungjawab mengendalikan Wadi Shafiyyah diserahkan oleh Haji Mukri kepada Iqbal. Di tempat tersebut, Dania bertemu dengan Iqbal dan tanpa disedari bahawa Iqbal adalah adik kandung kepada Qabil. Iqbal terkejut dengan wajah Dania yang mengingatkannya kepada arwah tunangnya yang telah meninggal dunia setelah Dania memakai tudung. Iqbal mulai memberi perhatian kepada Dania yang menyebabkan Ustazah Umairah tidak puas hati. Beberapa bulan kemudian, Qabil muncul di Wadi Safiyyah. Drama ini diilhamkan oleh novel ‘Aku Cinta Dia’ yang ditulis oleh novelis Sharifah Abu Salem. Kita sering melihat di kaca televisyen terutama drama-drama di mana seseorang jatuh cinta setelah melihat kecantikan atau ketampanan seseorang. Ramai antara mereka di luar sana yang mudah terikut dengan imaginasi yang tinggi selepas menonton drama-drama seperti itu, ternyata ada antara mereka dari kalangan remaja-remaja, lalu merasakan diri mereka sudah layak untuk bercinta sedangkan mereka sendiri tidak tahu apa itu cinta. Seperti yang kita dapat lihat sekarang, ramai perempuan yang hamil di luar nikah pada usia yang masih muda. Mereka beranggapan apa yang mereka lakukan adalah demi cinta. Sejauh mana erti cinta yang difahami mereka. Pada pandangan saya, drama ini sedikit berbeza dengan drama percintaan yang lain. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, drama ini mengetengahkan soal percintaan dan diselitkan dengan unsur keagamaan. Namun masih terdapat beberapa kekurangan yang harus dititikberatkan oleh penerbit agar tidak berlakunya kesalahfahaman tentang pergaulan dan pencintaan dalam Islam demi menjaga kesucian agama Islam itu sendiri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kritikan Teater " Mat Derih Kola Perlih
Pengenalan (Gambar: Penulis karya) Namron atau nama sebenarnya Shahili Abdan telah dilahirkan pada tanggal 21 November 1969 di Kangar, Perli...
-
بسـم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Asal Usul Chenor Terbang merpati dua sekawan,Terbang dibawah cahaya bersinar,Paras...
-
بسـم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Sastera pada hari ini dilihat semakin berkembang dengan penggunaan Bahasa sebagai al...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan