بسـم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
hari ini saya ingin berkongsi maklumat kepada pembaca semua berkaitan
jenayah siber. Apa itu jenayah siber? Jenayah siber merupakan Kes penipuan wang
dan kecurian data peribadi menerusi penggunaan gajet elektronik dan internet. hari ni dapat kita lihat bahawa isu jenayah siber semakin
berleluasa di negara kita. Jenayah siber ini berleluasa kerana didorong oleh
beberapa faktor antaranya ialah Peningkatan penggunaan internet. Hal ini
dikatakan demikian kerana, ramai pengguna internet menyalahgunakan maklumat dan
kepakaran mereka dalam internet untuk pelbagai tujuan. Misalnya, menggunakan
pelbagai maklumat dalam internet untuk tujuan penipuan dan aktiviti yang tidak
sihat.
Selain itu, kekurangan pakar-pakar forensik komputer juga merupakan penyebab kejadian jenayah siber di negara kita. Sebagai contoh, banyak kejadian-kejadian penggodaman sistem bank dan kecurian maklumat di internet tidak dapat dikesan yang menyebabkan penjenayah siber sukar untuk didakwa di mahkamah kerana pendakwa tidak mempunyai bukti yang mencukupi. Oleh kerana, pelaku jenayah siber ini biasanya terdiri daripada golongan profesional dan berpengetahuan tinggi dalam bidang IT.
Di samping itu, Penguatkuasaan undang-undang yang lemah akan menyebabkan siasatan terhadap jenayah siber mengambil masa yang lama dan banyak kes tertangguh. Hal ini dikatakan demikian kerana agensi-agensi kerajaan kurang cakna dalam menangani jenayah siber. Seterusnya, akta dan undang-undang sedia ada tidak dapat menangani jenayah siber ini. Sebagai contoh, denda atau hukuman yang dikenakan kepada penjenayah siber tidak setimpal dengan jenayah yang dilakukannya. Kemudian, sikap individu yang sukar dikawal menjadi punca kepada kejadian jenayah siber terus berlaku. Sikap individu yang inginkan keseronokan dan ingin mencuba sesuatu yang baru terutamanya golongan remaja menyebabkan mereka cuba untuk mengaplikasikan kemahiran mereka dengan cara yang salah, seperti penyebaran virus, pengintipan, mencuri maklumat dan penggodaman komputer. Hal ini menyebabkan, ramai masyarakat yang kurang pengetahuan tentang media massa tertipu dengan individu yang tidak bertanggungjawab
Seterusnya, kekurangan pendidikan dan kesedaran dalam kalangan masyarakat. Individu-individu yang terlibat dalam aktiviti jenayah siber ini tidak menyedari bahawa perbuatan mereka seperti menggodam, mencuri maklumat, menyebar virus adalah satu jenayah. Oleh itu, mereka tidak menyedari bahawa perbuatan mereka salah dan memberikan kesan buruk kepada orang lain. Sikap tidak beretika ini sewajarnya dibendung sebelum ia meruntuhkan institusi teknologi yang menjadi kegunaan harian oleh segenap manusia. bak kata pepatah disediakn payung sebelum hujan. Oleh itu, kita seharusnya kenal pasti langkah-langkah yang boleh mengatasi jenayah siber ini daripada terus menular. Antara Langkah pertama untuk menanganinya adalah dengan memberikan kesedaran kepada masyarakat akan ancaman sebenar jenayah siber yang boleh memudaratkan kehidupan mangsa. Kempen melalui iklan di media cetak mahupun digital perlu diperluaskan kepada seluruh masyarakat terutamanya yang kurang pengetahuan akan penggunaan teknologi hari ini. oleh itu, dengan Langkah tersebut masyarakat dapat memahami dan mengambil serius tentang langkah keselamatan apabila menggunakan aplikasi di telefon pintar masing-masing. Langkah seterusnya adalah pihak berkuasa seharusnya mengkaji dan memperkenalkan undang-undang yang mampu menghalang jenayah siber ini berlaku dalam negara kita. pihak kerajaan hendaklah mengumpulkan pakar-pakar teknologi supaya undang-undang dapat diwujudkan dalam mencegah jenayah siber.
Selain itu, kita juga sepatutnya memperkenalkan pendidikan etika dalam penggunaan teknologi pada setiap institusi pendidikan hari ini. Hampir setiap golongan masyarakat mempunyai gajet atau telefon pintar sebagai kegunaan harian tetapi etika dan cara penggunaannya tidak dididik dengan betul. Justeru, institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti adalah tempat permulaan dalam membentuk generasi yang berilmu pengetahuan dan mampu menjadi pengubah masayarakat. Bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.Akhir sekali,pihak kerajaan mestilah mengukuhkan hubungan multilateral dengan negara-negara lain dalam mengatasi masalah jenayah siber ini. Hal ini akan membantu kerajaan untuk meningkatkan keupayaan dalam memastikan keselamatan siber setanding dengan negara maju yang lain.

Konklusinya, pelbagai langkah boleh dilaksanakan oleh setiap pihak
bagi mengatasi kes jenayah siber pada hari ini. Oleh itu, Tindakan yang terbaik
ialah setiap individu memainkan peranan masing-masing dalam lingkungan kuasa
dan kemampuan yang ada. Itu sahaja maklumat yang dapat saya sampaikan. Seterusnya,
terima kasih diucapkan kepada semua atas perhatian yang telah diberikan. Yang
baik itu datang dari allah dan yang kurang itu datangnya dari kelemahan diri
saya sendiri, izikan saya berundur diri assalamualaikum W.B.T.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan