
Kamaluddin Muhamad yang lebih dikenali sebagai Keris Mas merupakan tokoh sastera berprolifik dan beliau juga telah dinobatkan sebagai sasterawan negara yang pertama iaitu pada tahun 1881 di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen. Keris Mas telah dilahirkan di Kampung Ketari, Bentong Pahang pada 10 Jun 1922 dan telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1992. Pendidikan awal beliau di sekolah Melayu malah beliau berhasrat untuk bertukar sekolah di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Beliau turut meneruskan pengajian di Kolej Kuliyatul Mu'allimin Al-Islamiah iaitu Maktab Perguruan Islam. Selanjutnya, Keris Mas pernah bertugas sebagai Pegawai Penerangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Pengarang Penerbitan Utusan Melayu di Singapura, Warta Negara, dan Pengarang Umum di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Keris Mas telah berjasa dengan cara memberi sumbangan dalam memajukan majalah Utusan Zaman dan Mastika. Selain itu, Keris Mas merupakan tokoh penulis cerpen dari ASAS 50 yang begitu pengaruh dalam keadilan sosial serta pernah memenangi beberapa Anugerah Sastera. Terdapat banyak karya Keris Mas yang terkenal seperti Rimba Harapan, Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, Anak Titiwangsa serta lain-lain lagi. Sehingga akhir tahun 1960, sebanyak 60 buah cerpen telah dihasilkan. Cerpen-cerpennya itu kini telah dimuatkan dalam beberapa buah antologi iaitu Mekar dan Segar (1959), Dua zaman (1963), Patah Tumbuh (1963), Pertentangan (1968).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan