Jumaat, 13 Januari 2023

Filem pulau harus dipalaukan

 بسـم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Baru-baru ini kita telah dimomokkan oleh isi-isu hangat berkaitan trailer filem pulau yang diperkatakan mempunyai adegan-adegan softporn yang tidak sesuai ditayangkan kepada rakyat malaysia hari ini. Apabila diteliti dan di kaji filem ini telah membawa genre seram, mistik advanture yang telah diterbitkan oleh WebTVAsia dengan kerjasama My Way Picture dan Filmforce Studio. Menurut MalaysiaGazette pulau mengisahkan percutian impian sekumpulan rakan di pulau eksotik berubah menjadi mimpi ngeri apabila berlaku kejadian mistik dengan kehadiran makhluk ilmu hitam. Rentetan itu, banyak kritikan dan pendapat yang telah dikeluarkan dari pelbagai pihak misalnya para pendidik dan asatizah berkaitan filem ini. Katanya filem sampah sebegini haruslah dibanteras kerana telah menimbulkan kontrovesi dengan memaparkan babak-babak yang berunsur seksualti yang akan mencetuskan bahana kepada seluruh rakyat malaysia.

    Oleh itu, perbadanan Kemajuan Filem Nasinal Malaysia (FINAS) tampil untuk menegaskan bahawa pihaknya tidak bertanggungjawab untuk memberi kelulusan tayangan malah yang meletakkan garis panduan kandungan penerbitan adalah terletak dibawah kuasa Lembaga Penapis Filem (LPF). Namun pihak (FINAS) akan bertindak untuk membatalkan sesebuah lesen jika pemegangnya disabitkan kesalahan berkaitan kecurangan,penipuan atau keburukkan akhlak. justeru, Menteri Komunikasi Digital iaitu Ahmad Fahmi Fadzil juga mengemukakan pandangannya dengan tidak setuju filem sebegitu ditayangan dan telah mengetahui bahawa penerbit filem pulau membuat keputusan untuk menarik balik trailer filem tersebut dan menyediakan penyuntingan yang baharu.

    Musabab itu, sebelum sesebuah filem ingin dikeluarkan atau akan ditayangkan, pihak yang berkaitan haruslah menyemak dan meneliti dengan tulus agar isu-isi begini tidak akan berlaku lagi. Justeru itu, jujur diperkatakan bahawa dunia sekarang semakin tenat oleh kerana sikap manusia telah banyak menimbulkan kemungkaran-kemungkaran di muka bumi ini. Hal ini dikatakan sedemikian, kerana menyebabkan isu sosial pada hari ini dilihat semakin meningkat dan agak membimbangkan generasi muda. Oleh itu, usah sesekali kita bersikap rakus kerana ianya akan mengundang bahaya pada diri dan negara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kritikan Teater " Mat Derih Kola Perlih

Pengenalan (Gambar: Penulis karya) Namron atau nama sebenarnya Shahili Abdan telah dilahirkan pada tanggal 21 November 1969 di Kangar, Perli...