Khamis, 22 Disember 2022

kerangka pemikiran


بسـم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Pandangan alam atau pada istilah Bahasa lain disebut sebagai sarwajagat yang terdapat dalam Bahasa Sanskrit dan perkataan world view yang diguna pakai dalam Bahasa inggeris ianya juga dikenali sebagai pandangan alam moden barat. Dari segi tinjauan islam, pandangan alam disebut sebagai tasawwur manakala dalam Bahasa jerman pula disebut sebagai weltanschauung. Pandangan alam juga merujuk kepada kerangka pemikiran yang memberi makna kehidupan kepada manusia. Dalam konteks ini, kerangka pemikiran dibentuk oleh beberapa aspek misalnya agama, falsafah,ideologi, tradisi atau adat resam. Disini dapat saya huraikan bahawa pandangan alam masyarakat pada zaman dahulu adalah dipengaruhi oleh agama hindu dan animisme. Mereka telah meyakini dan mempercayai bahawa alam mempunyai kuasa. Kemudian alam yang mempunyai kuasa disebut sebagai penunggu,semangat,hantu,jembalang atau membang dan dengan kuasa tersebut ia boleh mendatangkan bencana kepada kehidupan mereka, contohnya seperti banjir,kemarau,air pasang,tsunami, banyak ada kurangnya ikan,tanaman dan buahan. Mereka mendapati bahawa bencana tersebut mempunyai kaitan dengan alam berkuasa. Oleh kerana itu, alam yang dianggap berkuasa disembah seperti dalam upacara penyembahan.
    
    Seterusnya, mantera,jampi dan serapah merupakan satu elemen kebudayaan yang dibentuk oleh masyarakat pada zaman dahulu yang terdapat daripada tradisi perbomohan ianya datang dari diri manusia sendiri atau dipinjam untuk tujuan menguasai alam sekitar yang mempunyai misteri seperti kejadian kematian,penyakit, musibah dan bencana alam yang datang. Akan tetapi hanya bomoh,pawang atau dukun sahaja yang layak mengetuai upacara penyembahan kerana ianya bersifat eksklusif dan perlu melalui prasyarat tertentu. kemudian mereka yang telah menjadi bomoh sahaja mempunyai ilmu pengetahuan dan boleh berkomunukasi dengan alam ghaib. Oleh itu, dengan kebolehan tersebut dapatlah seseorang bomoh itu memujuk dan meyembah alam yang berkuasa. Di samping itu, maksud sastera atau syastra yang terdapat dalam Bahasa Sanskrit mengandungi ajaran yang baik atau mulia yang dibentuk oleh agama,falsafah,ideologi,adat atau tradisi yang disebut sebagai pandangan alam. Justeru, sastera mestilah dalam bentuk Bahasa iaitu ujaran atau pengucapan manusia yang mempunyai isi berfaedah dan indah kemudian boleh didapati dalam corak lisan mahupun tulisan, misalnya pada berbidalan,pepatah, dan perumpamaaan. Dari segi maksud isi yang berfaedah dalamnya terdapat ajaran -ajaran yang baik dan mulia. Oleh kerana, sastera itu membawa kepada ajaran atau perkara yang baik dan mulia maka sastera dianggap sebagai sesuatu yang indah. Selain itu, ianya juga membawa maksud yang tersurat dan tersirat.

    Dalam konsep sastera pada zaman animisme mereka telah menggunakan Bahasa dan ungkapan untuk memujuk alam seperti mantera,jampi dan serapah. Apa yang dapat diperhatikan dari ketiga-ketiga elemen tersebut tersusun dalam bentuk puisi dan tidak mempunyai struktur yang khusus. Hal ini kerana puisi mengandungi isi yang padat serta mudah difahami dan diingati. Mereka juga mempercayai bahawa kata-kata atau ayat dari mantera,jampi dan serapah mempunyai kuasa ghaib yang dapat menyembuhkan penyakit serta tujuan untuk pelindung diri atau pelaris, ianya juga disebut sebagai azimat, Dan ditulis pada kain,logam agar dapat menimbulkan kesan terhadap perkara yang dihajati itu.
Kesimpulannya, pandangan alam dan konsep sastera pada zaman dahulu dipengaruhi oleh kepercayaan mereka terhadap sesuatu perkara. Justeru, pada zaman itu agama islam belum diperkenalkan dan mereka berpegang pada kuasa alam. Oleh itu, dengan hadirnya agama islam iannya telah mengubah segala pemikiran orang melayu sehingga ke hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Isu Semasa