Sabtu, 26 November 2022

Jauhi Drama Ini!

 بسـم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada tahu lepas, kecoh dalam kalangan warganet apabila sedutan drama yang berjudul Stay Away For Me yang memaparkan babak homoseksual telah tular di media sosial. drama ini dipercayai telah diterbitkan oleh sebuah syarikat aplikasi pasangan sejenis, iaitu Blued yang melibatkan pelakon melayu dibawah umur yang berusia 17 tahun. Lantaran itu, drama ini merupakan drama bersiri yang mula disiarkan pada setiap hari ahad di media sosial. Drama ini dipercayai berkisarkan tetang hubungan cinta gay dan telah mencetuskan kontroversi kerana telah  menyentuh aspek Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT). Adakah wajar Drama ini ditayangkan? dimanakah peranan pihak-pihak yang bertanggungjawab? Walaubagaimanapun, pelakon utama iaitu seorang lelaki muda yang bernama Danish Iskandar telah tampil di Harian Metro untuk  menegaskan bahawa pada mulanya dia tidak tahu berkenaan jalan cerita siri itu dek kerana kurang jelas dengan penjelasan yang diberikan oleh pihak produksi ketika pertama kali mendatangi bermesyuarat .Dia juga ada Menjawab persoalan mengenai status seksualiti yang dibawa dalam drama tersebut, katanya babak romantik membabitkan dirinya dan seorang lagi pelakon lelaki adalah lakonan semata-mata. dimanakah terletaknya maruah diri seorang yang bernama muslim?Malah jelasnya lagi bahawa adegan-adegan yang membawa kepada perwatakan sejenis itu sebenarnya tidak wujud dalam skrip asal lakonan dan pihak produksi telah meminta untuk ditambah ketika penggambaran berlangsung. 

    Namun, sebagai seorang pelakon yang berkredibiliti kita hendaklah cakna dan soal selidik dahulu latar belakang penerbit dan jalan cerita yang ingin disampaikan agar diri kita dan orang lain tidak terjerus ke dalam lembah kemungkaran. malaysia pada masa kini telah banyak terjebak dengan isu-isu LGBT. hal ini, membawa kepada fahaman budaya songsang melawan arus sistem agama, kemanusiaan dan keluarga. Bahkan sering menjadi berita yang sentiasa menjadi buah mulut masyarakat hari ini. Mereka yang memilih dan terjebak dalam budaya songsang ini dengan jelasnya telah melakukan sesuatu yang tidak normal serta tidak menghormati agama. Jika dilihat dari perspektif yang lebih besar, budaya ini sememangnya boleh merosakkan sistem sosial dan keluarga

    Justeru, pentingnya seseorang penerbit menyajikan segala elemen kebaikan, kebenaran dan keindahan dalam drama-drama yang akan datang. Khususnya dalam membentuk watak, perwatakan berserta nilai dan pengajaran yang perlu disampaikan. Selain itu, ianya juga dapat memberi kesan positif kepada para penonton, malah yang paling penting adalah dapat melahirkan keperibadian penonton serta generasi muda pada hari ini.


Jumaat, 18 November 2022

Bumi Kenyalang memori Terbentang




بسـم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

kepada yang sedang membaca apa khabar kamu disana? pastinya kamu sedang menanti akan secebis kisah pendek dari gadis biru ini. pertama sekali marilah kita mengucapkan syukur kepada al muqit yakni tuhan yang maha baik , kerana telah memberi peluang dan ruang kepada si gadis untuk mengarang serta diberi kesempatan masa untuk kamu seorang yang kuat terus-menerus membaca tulisan si gadis biru ini. Rentetan itu, terima kasih diucapkan kerana dirimu yang begitu berharga dan sudi memberi perhatian sehabis baik sungguh kamu seorang yang berhati mulia dan berjiwa suci. justeru, jiwamu sedang merindui nada cinta ilahi dan kerana itulah tuhan mempertemukan kita disini.
    Teruntuk lapan sahabatku yang dikasihi dan dirindui , kita telah ditemukan di kampus hijau yang terletak dibumi kenyalang nan indah.  apa kamu tahu, bahawa tuhan itu benar-benar mencintai kita semua? apa kamu juga mengetahui bahawa dia adalah al wadud al-badi yakni tuhan sang pencipta yang amat menyanyangi segala akan ciptaannnya. setiap kali hambanya melakukan kesilapan dosa dia sentiasa memberi peringatan dan pengampunan. Segala puji baginya yang tidak penah lupa dan tidak penah meninggalkan kita. Dia merupakan sumber tenaga, penguat semangat kepada kita sebagai insan lemah untuk meneruskan hidup dan menepuh cabaran di alamnya. Banyakkan bersyukur atas kasih dan sayangnya kita dapat merasai pelbagai pengalaman dan mempelajari dari anugerah pengalaman itu sendiri untuk menjadi seorang insan yang bertaqwa pada hari ini. Selawat dan salam buat kekasih tercinta ilahi, nabi muhammad sallahu alayhi wassalam yang amat mulia. baginda yang selalu kami rindui dan kasihi jauh di sudut hati. Semoga syafaat baginda dapat membantu sekalian kita di akhirat dan pertemukan kita semua di syurga kelak. 

    Kemudian dengan kesempatan ini, inginku ungkapkan rasa kasih yang tidak pernah hilang dan pudar dalam hati buat sahabat handai yang sentiasa berada di sisi dan menyaksikan segala kisah yang pernah ku alami dalam hidup sepanjang bersama dengannya di bumi kenyalang. Doaku sentiasa mengiringi setiap langkahmu wahai sahabat, tak pernah berhenti dalam kalbu ni merindui kalian semua. Aku disini berada dalam keadaan baik- baik sahaja. Hanya rindu yang dapat aku ku rasakan sehingga terkadar berubah menjadi air mata yang terkadang dirembeskan ke pipi tanpa disedari. Terima kasih buat kalian yang telah menjadi tulang belakang dan membakar semangat diri ini sehingga mampu bertahan dan menerima segala takdir dari ilahi demi memegang segulung kertas yang bernilai namun tidak dapat digantikan dengan persahabatan kita yang tidak ternilai dan begitu berharga. Dengan kesempatan ini inginku tunduk memohon kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung jari kaki jika adanya terusik hati serta halalkan segala perkara yang di ambil dan diberikan dalam masa persahabatan kita. sudah menjadi lumrah manusia yang diberi kehidupan di bumi allah ini, kita akan ditemukan dan diperkenalkan dengan pelbagai ragam masing-masing bahkan mungkin akan seiring bersama. sementara itu, setelah suka datang menerpa akan hadirnya duka, lalu bersedih,terluka dan kecewa yang sudah dirasai bersama. akhir kalam, semaga setiap kenangan yang dilakar dalam ingatan ini, berjaya menjadi sebuah lukisan yang indah untuk kita tatap di setiap hari. wallahualam


 

Selasa, 8 November 2022

Wanita Sufi, Aroma Cinta Ilahi


بسـم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"Aku tidak menyembah-Nya kerana takut neraka atau berharap syurga, Aku tidak seperti buruh yang jahat, dan jika dibayar bahagia,jika tidak dibayar bersedih. Aku menyambah-Nya semata-mata kerana cinta dan rindu kepada-Nya."
_Rabi'ah Al-Adawiyah_

sufi merujuk kepada seseorang yang membangunkan dirinya untuk menjauhi segala urusan duniawi. kaum sufi selalunya akan berusaha sehabis baik untuk menyucikan diri mereka agar lebih dekat dengan tuhan. selain itu, sufi atau dikenali Sufisme menjadikan seseorang itu  untuk tetap berada di jalan Allah SWT yakni jalan yang lurus. justeru itu, dengan menerapkan sufisme atau tasawuf dalam diri, kehidupan seseorang itu tidak akan berlebihan dalam hal duniawi dan tetap fokus pada keimanan dan takwaan kepada tuhan yang maha esa. rentetan itu, ada pelbagai tingkat yang harus dilaului untuk mencapai ke tahap yang paling tertinggi yakni ma'rifah ilahi. dalam konteks ini, dengan pelbagai cara dapat dilaksanakan untuk menyucikan diri. oleh itu, semakin bertambah sededaran dalam diri akan kelemahan seseorang insan yang bergelar makhluk tuhan serta dapat membuka minta dan mata hati akan kasih sayang tuhan yang sentiasa dapat dirasakan dan tiada bitaranya. Makrifat membawa maksud mengenal Allah S.W.T ya Al-Badi yakni tuhan sekalian alam dan pencipta kepada seluruh makhluk. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, makrifat merupakan ilmu untuk mengenali sesuatu perkara yakni hal-hal kerohanian pada peringkat yang paling tinggi atau sempurna dalam ilmu tasawuf. Allah S.W.T berfirman:

 “Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami adalah Allah!” kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu”. (Surah Fussilat Ayat 30)
    
petikan ayat al-quran di atas menjelaskan bahawa makrifat ilahi merupakan pengalaman kegamaan yang tertinggi. ianya boleh dimiliki tidak kira muslimin atau muslimat yang berharap agar dapat menjadi hamba allah yang beriman dan bertaqwa sehingga memiliki darjat yang tertinggi di sisinya.rabi'ah al-adawiyah merupakan seorang pelopor dalam bidang tasawuf yang sering disebutkan berkaitan perbuatan, perilaku dan syair-syair beliau. Justeru itu, perjalanan hidup rabi'ah al-adawiyah telah mendapat tempat dan keterhadapan dalam memperkasakan ilmu tasawuf dengan memperkenalkan gaya baru, iaitu cinta ilahi. oleh itu, Rabi'ah al-adawiyah menjadi terkenal dan tercatat dalam sejarah sufi kerana telah membawa pembaharuan dalam aspek kerohanian. pelbagai cabaran dan rintangan yang telah dihadapi oleh rabi'ah Al-adawiyah untuk membentuk sebagai seorang wanita sufi yang hidup untuk mengagungkan tuhannya dan hidup semata-mata kepada khaliqnya.

 

Khamis, 3 November 2022

Imam Syafei pejuang kebenaran


بسـم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"jika kamu tidak sanggup menahan lelahnya BELAJAR, 
maka kamu harus sanggup menahan peritnya KEBODOHAN"
_Imam Syafei_

    Umum mengetahui bahawa imam syafie adalah seorang ulama hebat yang telah menguasai pelbagai cabang ilmu dan sangat terkenal kerana beliau juga menguasi bidang akidah serta mempunyai ramai pengikut oleh kerana beliau merupakan dari kalangan keluarga quraisy yang berkaitan dengan baginda Rasulullah S.A.W. Di Malaysia juga telah memilih mazhab syafei sebagai panduan dalam pelbagai bidang khususnya  ilmu berkaitan fiqh. Nama diberi adalah muhamamad bin idris bin abbas bin ulthman bin shafei bin saib bin abdu yazid bin hasyim bin abdul mutalib bin abdul manaf. ayahndanya berketurunan quraisy dari bani mutalb dan telah meninggal dunia semasa beliau masih kanak-kanak. namun ada yang berpendapat bahawa kedua ibubapanya telah meninggal dunia saat beliau masih di dalam perut ibunya. kota gaza palestin adalah merupakan tempat beliau dilahirkan pada bulan rejab tahun 150 hijrah. beliau hidup dalam kemiskinan dan serba kekurangan. akan tetapi dari kecil lagi beliau telah mempelajari dan menghafal kitab suci al-quran sejak berusia sembilan tahun. selain itu, beliau telah menghafal dan memahami kitab al-muuwatta' karya dari imam malek selama tempoh 10 tahun. kemudian, imam syafei dianugerahkan suara yang merdu serta boleh bersajak dan bersyair dengan hebat. beliau juga pernah mengajar dan memberi fatwa kepada jemaah di masjid al-haram ketika berusia 15 tahun. imam syafei sangat disegani serta disanjungi oleh masyarakat kerana kegigihan dan keintelktual luar biasa yang ada pada beliau. pada tahun 204 beliau telah pergi meninggalkan dunia di mesir ketika berumur 54 tahun. 

    Beliau juga sangat kuat menentang amalan bidaah yang dibawa oleh masyarakat sewaktu dahulu. Bidaah dari sudut istilah merujuk kepada perkara-perkara yang diniatkan kononnya untuk mendekatkan diri kepada Allah, tetapi bercanggah dengan aturan agama.  Menurut imam syafei amalan bidaah ini terbahagia kepada dua, pertama bidaah yang terpuji dan kedua adalah bidaah yang keji. dalam konteks ini, amalan yang bersesuaian dengan sunnah adalah bidaah yang terpuji manakala amalan yang menyalahi atau bercanggah dengan sunnah adalah bidaah yang keji. imam syafei mengatakan bahawa setiap perkara yang dilakukan menyalahi al-quran dan sunnah serta ijtimak ulama merupakan bidaah yang berada dalam kesesatan. Ibnu ruhuwaih berkata "iman syafei memiliki lidah yang fasih dan iman yang teguh, justeru itu, beliau telah menjadi ahli bidato yang mengetahui rahsia kejiwaan. sumbangan yang diberikan oleh imam syafei telah dikatakan agak besar sekali khususnya dalam bidang perundangan. kira-kira 113 kitab yang telah susun oleh beliau untuk dipelajari  masyarakat sehingga ke hari ini. Antaranya ialah kitab ar-risalah yang menerangkan cara mengambil hukum daripada al-quran dan hadis. kemudian membincangkan naskh,kecacatan hadis, syarat penerimaan hadis, ijmak, istihsan dan qias. seterusnya, dalam kitab al-umm terdapat ilmu-ilmu berkaitan ibadat,muamalat,jenayah dan lain-lain lagi. manakala dalam kitab ilmak al-ilmu ulama telah dikumpulkan tentang pembelaan terhadap hadis.

Isnin, 24 Oktober 2022

Warisan Chenor Pahang



بسـم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Asal Usul Chenor

Terbang merpati dua sekawan,Terbang dibawah cahaya bersinar,Parasnya cantik lagi menawan Itulah asal Namanya chenor,Bertanjak bersampin siapakah dia,Gunung melati bukit belawan,Rakyat bangga wujudnya dia Orang kaya indera pahlawan

    Asal usul chenor dikatakan berasal dari seorang janda kaya yang dipanggil Che Nor. Dia adalah seorang Wanita yang mempunyai paras rupa yang cantik dan baik budi pekertinya, Che nor tinggal di tepi sebuah anak sungai kecil yang mengalir ke sungai Pahang. Oleh itu apabila Che Nor meninggal dunia sungai yang didudukinya itu lama-kelamaan tempat tersebut menjadi chenor. Kemudian ada beberapa lagi cerita dari penduduk kampung tentang asal usul nama kg chenor. Chenor adalah sebuah kampung yang bersejarah di masa perang saudara (1857-1863) Peperangan tersebut berlaku antara Tun Mutahir dan Tun Muhammad, mereka merupakan adik-beradik dan anak kepada Tun Ali peperangan ini ada disebutkan dalam Hikayat Pahang. Terdapat pembesar-pembesar dalam kerajaan Pahang moden dipanggil sebagai orang-orang besar berempat yang terdiri daripada

I.          Orang kaya indera pahlawan

II.         Orang kaya indera perba jelai

III.        Orang kaya indera segara

IV.       Orang kaya indera shah bandar

SEJARAH KETURUNAN ORANG KAYA INDERA PAHLAWAN YANG ADA DI CHENOR

Chenor juga dipanggil sebagai pekan diraja kerana wujudnya kg raja di chenor yang kekal sehingga ke hari ini. ianya melambangkan bermastautinnya kerabat istana di situ masa suatu masa dahulu. Mengikut cerita penduduk chenor, pada zaman dahulu orang-orang chenor juga pernah terlibat membantu tok gajah dalam perang kelang di Selangor. Pada zaman dahulu chenor juga menjadi tempat persinggahan sultan abu bakar iaitu sultan Pahang pada waktu itu. Baginda akan singgah di chenor setiap kali dalam perjalanan dari pekan ke kuala lipis dan akan disambut oleh penduduk kampung. Maka tidak hairanlah jika di kampung raja,chenor, bersemadinya ramai kerabat diraja Pahang serta kubur pahlawan-pahlawan Pahang pada zaman itu.

KUBUR PAHLAWAN DAN KERABAT DIRAJA PAHANG

Kubur-kubur ini terdapat di sekitar chenor dan bagi kubur-kubur diraja ditempatkan di satu tanah perkuburan di kg.raja. pada masa ini masih ada lagi kerabat sultan Pahang yang masih menetap di chenor.

Makam Dato’setia Amar Segera Dan Wan Ahmad Tajudin Bin Wan Hasan
Makam Tok Maharaja Indera Putra Pahlawan (Tok Gemok)

Tok gemok dimakamkan di tanah perkuburan Kampung Pejing, Chenor sejarah kewujudan tok gemok dianggarkan sekitar 1600-1700 Tahun. Batu Nisannya dipercayai dibawa dari Acheh. Tok Gemok merupakan pemimpin yang disegani penduduk mukim Chenor satu ketika dahulu. Tok Gemok dipercayai berasal dari Minangkabau Sumatera dan datang ke Pahang melalui Pasir Besar Ulu Muar

ORANG KAYA INDERA PAHLAWAN KE-VI

Wan Abdul Aziz Bin Engku Haji Abdullah

Allahyarham dilahirkan pd tahun 1914 di chenor. Beliau merupakan orang besar berempat Pahang bergelar Yang Mulia Orang Kaya Indera Pahlawan Pahang. Dilantik sebagai Menteri besar Pahang yang ke 6 mulai 18/7/1959-15/05/1964. Beliau pemegang jawatan sebagai Menteri besar Pahang pertama selepas merdeka.

OEANG KAYA INDERA PAHLAWAN KE V-II

Dato Seri Wan Haji Abdul Wahid Bin Haji Wan Hassan

Beliau juga dilahirkan di chenor,Pahang pd 17/12/1944 dan beliau pernah menjawat beberapa jawatan penting sebagai pegawai tadbir dan diplomatik Malaysia, penolong setiausaha perkhidmatan, jabatan perkhidmatan awam dan banyak lagi jawatan hebat yang pernah beliau pegang seperti timbatan yang dipertua majlis ugama islam Pahang pada tahun 2006 sehingg sekarang.

RUMAH WARISAN DI CHENOR

Rumah warisan ini dibina tanpa menggunakan paku. Rumah ini merupakan rumah warisan dari kerabat sultan Pahang iaitu Tengku Temenggung Mahmud. Rumah ini tidak digunakan lagi dan dijadikan sebagai pameran untuk orang ramai yang diuruskan oleh putera-puteranya yang Bernama Engku Ngah, Engku Salleh dan Engku Mahmud. Rumah ini adalah bentuk rumah tradisional Pahang yang mempunyai tiga bahagian seperti serambi,rumah ibu dan dapur. Serambi dikhaskan untuk tetamu lelaki bagi tujuan keramaian,mengaji al-quran dan solat berjemaah. Ruang ibu pula terdapat 5 ciri iaitu Lorong,pentas,geta,bebalai dan kelek.

MASJID KG PANTAI, CHENOR


Masjid ini dipercayai telah dibina pada tahun 1918 dengan tidak menggunakan paku. tanah tempat pembinaan masjid ini merupakan tanah wakaf dari keluarga raja iaitu orang kaya indera pahlawan chenor yang diberi kepercayaan untuk memerintah kawasan tersebut pada ketika itu.

MASJID LAMA CHENOR



Masjid ini dibina pada tahun 1939 juga dikatakan dibina sejak zaman sultan pahang,Sultan  Abu Bakar dan menjadi tempat persinggahan baginda Ketika singgah di Chenor.

Jumaat, 21 Oktober 2022

A.Samad Said Tokoh Sasterawan

 
بسـم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nama diberi Abdul Samad Muhammad Said atau lebih dikenali dengan  Datuk A.Samad Said yang merupakan seorang sasterawan negara tanah air. beliau  telah banyak meyumbang dalam bidang penulisan kreatif dengan semangat yang tinggi  dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi . Beliau seorang yang sangat  tekun dalam membaca karya-karya orang lain justeru itu, ianya telah menjadi kebiasaan A.Samad Said sehingga beliau telah dianugerahkan sebagai Sasterawan Negara yang ke-4 pada tahun 1985. SN Datuk A.Samad Said telah dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. selain,itu beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura dari tahun 1940-1946. kemudian melanjutkan pelajarannya di Victoria Institution sehingga memperolehi sijil Senior Cambridge pada tahun 1956. Rentetan itu, kata beliau untuk melahirkan karya, karyawan tidak hanya bergantung pada bahan dan bakat serta kekuatan fikiran sahaja, tetapi yang penting ialah pembacaan dan pengalaman yang luas. beliau juga telah banyak menerima anugerah dari pelbagai acara atau pengiktirfan. salah satunya yang paling terkenal adalah anugerah sea write award yang juga telah digarap oleh beliau pada tahun 1979.
     SN Datuk A.Samad Said merupakan tokoh sastera yang paling disegani oleh pengarang-pengarang lain. Hal ini kerana, sifat atau kreateria yang ada pada diri beliau sangat dikagumi oleh setiap pembaca malah pengarang-pengarang yang lain juga . Dalam konteks ini, beliau mempunyai aura yang sangat hebat seakan memahami isi hati dan keperluan dalam diri seseorang itu. beliau sangat menekankan keindahan dan keestetika dalam karyanya yang dapat menyentuh dan menarik minat pembaca. pengarang berharap agar SN Datuk A.Samad Said dapat membimbing dan mencurahkan segala ilmu yang beliau ada sebagai penyuntik kepada pengarang-pengarang yang baharu agar keindahan dan keunikkan karya sastera itu tidak dilupakan dan tidak dipandang dengan sebelah mata. oleh itu, kita hendaklah bersyukur dan menghargai beliau kerana tanpa orang-orang hebat seperti beliau kita tidak mampu untuk membangun dan memartabatkan karya-karya sastera.

Jumaat, 14 Oktober 2022

Menelaah Karya Sastera

بسـم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Burung murai terbang seribu,hinggap seekor di atas perahu,
rajin-rajinkanlah membaca buku,biar sampai apa yang tahu.

    Sebagai seorang pelajar sastera haruslah mendalami dan menghayati karya-karya sastera yang ada baik dari karya sasterawan negara mahupun karya daripada penulis-penulis yang terkenal. Rentetan itu, pada hari ini telah banyak buku-buku yang berasaskan sastera ada jual di pasaran misalnya dari kedai-kedai buku, aplikasi jualan atas talian  ataupun  boleh didapati di mana-mana perpustakaan yang ada. Oleh itu, antara buku-buku yang pernah di baca dan dikaji berkaitan dengan sastera ialah puisi warisan yang ditulis oleh Aripin Said dan dicetak oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka tahun 2005. Buku ini berkisarkan tentang puisi klasik yang terdiri daripada pantun, syair, gurindam, seloka, jampi serapah dan mantera. Lantaran, dalam buku ini juga ada menyebut tentang bahasa berirama, nyanyian rakyat dan puisi klasik yang dipengaruhi oleh arab parsi atau yang terdapat dalam sejarah melayu serta perbilangan kaum. 

    Selain itu , saya juga ingin menceritakan sedikit sebanyak tentang biodata penulis dari buku puisi warisan ini. Nama beliau adalah Dato' Aripin Bin Said yang dilahirkan pada tanggal 11 Disember tahun 1948 di Kampung Batu Bor, Mukim Bera, Temerloh Pahang. Beliau merupakan Tokoh Budaya Pahang dan juga dikenali sebagai  Tokoh Orang Hidup Warisan Kebangsaan malaysia. lagu rakyat juga sering dinyayikan oleh beliau kerana beliau adalah seorang pengelola lagu rakyat melayu yang di tulis dan digubahnya sendiri. selain itu, sudah semestinya beliau gemar membaca dan juga menjadi seorang penulis handal yang memperjuangankan warisan tanah air. menerusi bidang penulisan beliau pernah menjadi penyunting majalah di Sekolah Menengah Abu Bakar, Temerloh dan juga ada terlibat dengan drama di sekolah tersebut. kini beliau telah berjaya menghasilkan kira-kira 20 buah cerpen dan puisi yang sering tersiar di akbar.

"sesungguhnya genre puisi klasik sebagai satu daripada hasil sastera amat berfungsi dalam kehidupan masyarakat masa lalu. puisi-puisi yang dimaksudkan itu bukan sahaja didengar sebagai satu pengucapan yang indah tetapi lebih jauh daripada itu ia digunakan dalam ucapaca tertentu dalam kehidupan masyarakat itu sendiri".

petikan diatas diambil dari buku puisi warisan yang telah menerangkan betapa pentingnya hasil sastera ini kepada semua orang dan telah mendapat tempat dalam kehidupan masyarakat pada suatu ketika dahulu. Hal ini kerana, budaya sastera memang sentiasa di semat dan sudah sebati dalam diri dan hati mereka hingga dapat mencapai kehidupan yang madani.  Oleh itu, kita hendaklah menjaga dan memelihara karya-karya sastera yang ada agar tidak luput ditelan zaman dan dapat dikekalkan hingga ke anak cucu.


Kritikan Teater " Mat Derih Kola Perlih

Pengenalan (Gambar: Penulis karya) Namron atau nama sebenarnya Shahili Abdan telah dilahirkan pada tanggal 21 November 1969 di Kangar, Perli...