Sabtu, 6 Januari 2024

Kritikan Teater " Mat Derih Kola Perlih


Pengenalan



(Gambar: Penulis karya)


Namron atau nama sebenarnya Shahili Abdan telah dilahirkan pada tanggal 21 November 1969 di Kangar, Perlis, Malaysia. Namron juga turut dikenali sebagai Tok Ayah. Beliau merupakan seorang pengarah, penulis skrip dan pelakon Malaysia yang bergiat aktif dalam bidang teater, filem dan televisyen. Beliau bersama dengan isterinya iaitu Junainah Lojong telah berkahwin pada tahun 2004 dan dikurniakan sebanyak tiga orang anak. Pada bulan Jun di tahun 2018, Namron, isterinya, June Lojong, syamsul Yusof, Bront Palarae, Shaheizy Sam, Chew Kin Wah, Zahiril Adzim, Maya Karin dan Puteri Balqis telah disenaraikan sebagai salah orang dari 10 pelakon popular yang Berjaya meraih pengiktirafan di peringkat global oleh Harian Metro Menerusi filem One Two Jaga pada tahun 2018 arahan beliau, Namron meraih kemenangan besar di Festival Filem Malaysia ke-30 dan Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2019 apabila beliau telah memenangi trofi Pengarah Terbaik. Menurut beliau, pengiktirafan karya berkisar gejala rasuah dalam kalangan anggota polis melalui filem arahannya itu membuatkan beliau lebih berani menghasilkan karya yang ada suara. Beliau ialah seseorang yang menitik beratkan kedaulatan bahasa kebangsaan dan pernah bertutur bahasa kebangsaan ketika menghadiri forum teater di Jepun pada tahun 2004 hingga ke 2008. Ketika menghadiri forum tersebut, beliau membicarakan tentang filem arahannya One, Two, Jaga di New York Asian Film Festival (NYAFF), beliau bertutur sepenuhnya dalam Bahasa Melayu. Pada awalnya, beliau melibatkan diri dalam pementasan teater pada 1989 dengan menyertai kumpulan teater AKSI di Kangar, Perlis. Semasa bersama kumpulan teater AKSI beliau terlibat dengan beberapa pementasan kecil sebagai pelakon. Hubungan beliau dengan group teater AKSI hanya selama dua tahun, perselisihan pandangan tentang pementasan teater telah mendorong beliau menubuhkan kumpulan teaternya sendiri pada tahun 1991 dengan menamakannya SEBATU. Ketika beliau bersama kumpulan teater SEBATU, dua buah teater telah dipentaskan di Kangar, Perlis iaitu Jiwa(1992) dan Sel Terakhir(1994). Semasa pementasan teater Jiwa, Namron menjadi pengarah dan penulis skrip serta turut sama berlakon sementara di dalam pementasan Sel Terakhir, beliau hanya mengarah dan menulis skripnya.

Sinopsis


(Gambar: Poster teater Mat Derih Kola Perlih)


    Pementasan teater ini merupakan finalis keempat dalam Festivel Teater Malaysia 2018 yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Malaysia Tourism Centre (MaTiC). Pementasan ini berlangsung di Auditorium Tunku Abdul Rahman, MaTiC, Jalan Ampang, pada 18 oktober 2018 jam 8.30 malam. Kemudian ditaja oleh Kerajaan Negeri Perlis Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Perlis. Teater ini merupakan sebuah idea dan skrip asal monodrama karya Namron dan dekonstruksi skrip oleh Siti Jasmina Ibrahim . Teater ini juga telah diarahkan oleh Syafiq Syazim. Teater ini telah menjadi johan dan dinobatkan sebagai naskhah Teater Terbaik serta memenangi kategori Pengarah Terbaik, Sinografi Terbaik, Pelakon Harapan Wanita Terbaik dan Anugerah Khas Juri.

    Teater Mat Derih Kola Perlih ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Mat Derih yang berasal dari Kuala Perlis. Ayahnya telah meninggalkan Mat Derih dan ibunya semasa dia masih kecil. Disebabkan kemiskinan, dia hanya mampu menamatkan pengajian setakat sekolah rendah dan kemudian menjadi nelayan bagi meneruskan kehidupan. Dalam satu insiden pergaduhan yang dimenangi oleh Mat Derih, dia telah dijulang menjadi ketua samseng di Kuala Perlis. Maka, bermulalah kehidupannya sebagai ketua samseng yang mengutip wang perlindungan dari peraih-peraih dan tokey-tokey ikan bersama sahabat baiknya Solleh. Satu insiden di rumah pelacuran yang ingin diserang oleh kumpulan Mat Derih telah menemukannya kembali dengan ayah yang tak pernah dikenalinya bersama seorang perempuan.


Latar Belakang produksi Teater Topeng



(Gambar: Logo Persatuan Teater Opera Mimpi Negeri Perlis TOPENG)



    Pementasan teater ini dijayakan oleh sebuah produksi kecil daripada Persatuan Teater Opera Mimpi Negeri Perlis atau dengan singkatannya dikenali sebagai TOPENG merupakan satu badan atau organisasi yang berorientasikan kepada aktiviti seni dan budaya khususnya menjurus kepada seni persembahan dan seni lakon.Persatuan ini ditubuhkan atas dasar semangat kecintaan kepada dunia seni terutamanya seni lakon atau teater. Ilham penubuhan persatuan tercetus selepas menjuarai Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Perlis pada tahun 2015. Bagi meneruskan silaturrahim antara pelakon dan tenaga produksi serta menyambung perjuangan dalam bidang lakon teater, maka pada 3 Februari 2016, TOPENG telah Berjaya didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) di Negeri Perlis

    Barisan pelakon bagi pementasan ini ialah pelakon utama dilakonkan oleh Rahmat Saidin sebagai Mat Derih, Hairi Safwan sebagai Solleh dan Nesa Idrus sebagai Wati. Kemudian ramai lagi turut menjadi ensemble iaitu Nik Aqil, Khai Sabri, ArshadTMZ, Saiful Wazien, Farhaziq, Afiyahazli, Farisya Syamimi dan iejafy. Rentetan itu, antara senarai tenaga produksi yang terlibat untuk persembahan teater ini adalah pertama Syafiq Syazmi sebagi Pengarah, penolong pengarah disandang oleh Nawfal Zamri, Penasihat Produksi iaitu Yaakob b Abd Aziz dan pengurus pentas oleh Mimi Ishak serta dibantu juga oleh pembantu pengurus pentas iaitu Batrisya. Kemudian Pereka set diketuai oleh Nawfal Zamri dan ArshardTMZ, Saiful Ridzuan sebagai juru audio, Kyairull Halim sebagai pembantu teknikal, Zakri Omar sebagai Penata cahaya manakala Iejafy dan Farisha syamimi sebagai busana dan tatrias. Kemudian, kru pentas diwakili oleh Zamri Abdullah dan Siti Salwani dan Publisiti dipegang oleh Syahida Syukur.

    kritikan ini berdasarkan kepada beberapa aspek yang penting yang ditekankan dalam aktiviti pementasan khususnya pementasan teater termasuklah kepengarahan, sinografi; busana, pencahayaan, audio-visual, lakonan daripada barisan pelakon dan skrip drama. Kritikan ini merangkumi ulasan, pandangan dan harapan supaya aktiviti teater semakin berkembang dalam generasi kini.


Kepengarahan


(Gambar: Pengarah Pementasan)


    Pengarah bagi pementasan teater ini merangkap pengurus pentas dan persembahan ialah Saudara Syafiq Syazmi. Kepengarahan dalam pementasan teater memerlukan ketelitian yang tinggi supaya aturan dan susunan mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh semua kru yang terlibat. Pengarah bagi pementasan ini menjalankan tugas dengan baik kerana seorang pengarah perlu memahami segala-galanya dari kerja kamera hingga penulisan skrip. Oleh kerana itu, sesetengah pengarah juga penulis atau pelakon. Gaya kerja mereka yang tepat mungkin berbeza-beza, tetapi mereka adalah orang yang harus memegang apa yang mungkin menjadi beberapa visi yang bertentangan bersama-sama dan memastikan teater tersebut menarik minat penonton. Hal ini menunjukkan bahawa pengarah bijak dalam membuat keputusan supaya pementasan ini yang bersifat sederhana ini lebih memfokuskan kepada pengisian dan nilai-nilai yang hendak disampaikan oleh para pelakon berbanding perkara teknikal seperti pencahayaan yang pelbagai. Selain itu, pengarah bagi pementasan ini menerapkan sebuah pementasan yang tidak terlalu berat untuk difahamkan oleh para penonton. Kesimpulannya, pengarah bagi pementasan ini memainkan peranan yang baik sehingga berjaya dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik kerana mengekalkan kehebatan karya dan mengaplikasikan ia kepada sebuah pementasan yang hebat meskipun berskala sederhana.



Sinografi


(Gambar: Proses Sinografi)


    Sinografi adalah Reka Bentuk, rekacipta, rekaan artistik, latarhias, tatahias, tatacahaya, seni rupa, kostum; banyak lagi penamaan dan terminologi muncul dalam arena seni persembahan untuk menerangkan rekaan visual yang dapat dilihat dalam produksi seni persembahan seperti teater, tari, muzikal dan muzik. Sinografi adalah merupakan terminologi yang tepat untuk digunakan sebagai mewakili keseluruhan bentuk seni visual yang dapat dilihat dalam sesebuah produksi ini iaitu rekaan pentas dan kostum, pencahayaan, susun atur ruang lakon, penggunaan ruang untuk aktor termasuklah persekitaran rekabentuk dalaman sesebuah panggung dan apa saja kesan visual yang dapat dilihat di dalam panggung tersebut. Dengan ini, dapat dilihat bahawa teater ini mementingan sinografi sehingga dianggap sama setara dengan teks apabila dialog mencipta seni percakapan dan tingkahlaku pelakon di pentas, sinografi mencipta seni visualnya. Sinografi pada teater ini terlihat mengingatkan bahawa perkataan yang lahir dari sesebuah teks tidak cukup untuk menghuraikan dengan sempurna makna sesebuah persembahan. Oleh itu, teater ini telah mendapat anugerah Sinorgrafi terbaik.


(Gambar: Anugerah Sinografi Terbaik)



Busana

    Busana merupakan perkara yang termasuk dalam aspek sinografi. Hal ini demikian kerana busana mampu menjadikan sesuatu pementasan lebih berkesan kerana busana yang dikenakan oleh setiap pelakon akan membawa kepada pemahaman para penonton terhadap latar belakang pementasan tersebut.



(Gambar: Busana para pelakon)


    Busana yang dikenakan oleh para pelakon dalam pementasan ini mengikut kesesuaian yang terdapat dalam skrip drama tersebut. Hal ini demikian kerana pementasan ini bersifat sedikit tradisional kerana latar dan jalan ceritanya merupakan masyarakat di kampung. Walaubagaimanapun, busana yang digunakan oleh watak Mat Derih dan Solleh kelihatan bersesuaian kerana watak tersebut perlu memberikan gambaran seperti orang kampung kepada penonton agar penonton tidak tersilap dalam mentafsirkan kedua-dua watak itu. Secara keseluruhan busana yang digunakan dalam pementasan adalah bersesuaian.


(Gambar: Busana pelakon)


Lakonan

    Anggota bagi pementasan adalah barisan pelakon yang melakonkan watak mengikut arahan daripada pengarah atau pengurus pentas. Barisan pelakon mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk menyampaikan lakonan mereka dengan baik supaya pementasan tersebut berjaya menarik minat dan perhatian para penonton untuk memahami jalan cerita sehingga ke penutup pementasan. Watak utama iaitu Mat Derih yang dilakonkan oleh saudara Rahmat Saidin memberikan impak besar dan kesan yang mendalam dalam pementasan. Hal ini dikatakan kerana beliau merupakan watak utama yang harus dilakonkan agar penonton dapat memahami mesej yang ingin disampaikan melalui jalan cerita dan dibantu oleh sahabatnya baiknya solleh. Oleh yang demikian, watak Mat Derih berjaya memikul keseluruhan pementasan dengan baik dan cemerlang.




(Gambar: Mat Derih bersama Solleh )


    Selain itu, Mat Derih seorang yang berilmu pengetahuan kerana Mat Derih mengetahui tentang ilmu silat dan mempraktikkannya sebagai satu kelebihan untuk berlawan. Walaubagaimanapun terdapat watak yang perlu diberikan perhatian yang lebih khusus terutamanya pada babak aksi supaya lakonannya mampu memberi impak yang baik. Hal ini demikian kerana watak ini perlulah dilakonkan dengan baik dan mengikut tuntutan skrip. Lakonan daripada semua watak perlulah diperbaiki daripada sudut ekspresi dan gerak tubuh dan penggunaan dialek utara yang kurang mahir digunakan oleh pelakon. Hal ini kerana terdapat beberapa pelakon yang sukar menggunakan dialek tersebut dan mengakibatkan lakonan mereka sedikit kaku dan ianya mendatangkan kerisauan kerana akan memberi kekecewaan pada penonton. Perkara ini akan membawa kepada kesukaran untuk penonton memahami nilai yang hendak mereka bawa dalam pementasan.




(Gambar: babak aksi dalam pementasan teater)



(Gambar: barisan pelakon dan produksi)


Audio

    Pementasan ini menggunakan pendekatan yang mudah dalam meletakkan sesuatu audio atau kesan bunyi dalam persembahan ini. Hal ini demikian kerana pementasan ini tidak mengenakan kesan bunyi yang pelbagai ekoran kekangan kemudahan yang terdapat di atas pentas semasa pementasan berlangsung. Walaubagaimanapun, setiap kesan bunyi berjaya menimbulkan suasana yang dikehendaki. Namun, terdapat kekurangan dari segi dialaoh yang kurang jelas pengurus pentas hendaklah menyediakan microphone khas kepada setiap pelakon supaya para penonton dapat mendengar dialog yang ingin disampaikan dengan lebih jelas. Antara muzik dan audio yang digunakan dalam pementasan teater ini adalah dengan menggunakan pembesar suara untuk memasang lagu latar belakang bagi memeriahkan lagi persembahan. Lagu-lagunya ialah Renjana oleh Noh Salleh ,Oh Oh Oh nyanyian China Dolls dan Deep Thoughts dari Morning Light Music. Secara keseluruhannya, audio dan kesan bunyi bagi pementasan ini dapat dikelaskan sebagai cemerlang.

Pemilihan Skrip

    Pementasan ini merupakan dekonstruksi skrip oleh Siti Jasmina Ibrahim. Justeru itu. produksi telah berjaya memilih skrip yang sesuai untuk dipentaskan mengikut kekuatan tenaga kerja yang diperlukan oleh produksi untuk pementasan ini. Selain itu, penggunaan skrip yang mengandungi gaya bahasa dan laras bahasa yang mudah turut menjadikan pementasan ini semakin menarik dan berjaya. Hal ini demikian kerana, penggunaan laras bahasa yang sesuai dan mudah akan membolehkan para pelakon menghafal dialog dengan mudah. Perkara ini sedikit sebanyak memberikan impak yang positif kepada sesbuah pementasan.

Kesimpulannya, wajarlah bahawa pementasan teater “Mat Derih Kola Perlis ini dinobatkan sebagai johan pada Festival Teater Malaysia 2018 yang dipentaskan di di Auditorium Tunku Abdul Rahman, MaTiC. Hal ini diperkatakan sedemikian kerana, teater ini memberikan kesan yang besar kepada kesedaran dalam diri setiap penonton. Kesederhanaan dalam aspek teaterikal dan teknikal tidak menghalang produksi untuk berjaya mementaskan ia dengan cemerlang. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa pengajaran yang harus dititik beratkan pada mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan bahawa kita hendaklah saling memaafkan kesalahan masing masing supaya tidak tercetusnya dendam dalam diri sehingga dapat menimbulkan kesalahan pembunuhan. Oleh itu, setiap penggiat seni teater perlu memikirkan cara yang lebih kreatif dan inovatif dalam semua aspek termasuklah gaya penceritaan untuk menarik minat penonton agar terus menyokong industri seni teater ini pada masa akan datang.

Sabtu, 30 Disember 2023

Fungsi Sastera Kepada Masyarakat






FUNGSI SASTERA KEPADA MASYARAKAT

Karya sastera terhasil daripada idea dan fikiran pengarang untuk berkongsi maklumat dan hal-hal yang berkaitan dengan kehidupanya. Selain itu, Karya-karya sastera mengandungi perutusan, amanat serta pengajaran yang dapat memberi kesedaran dan membuka minda masyarakat dalam menjalani kehidupan. pengarang menggunakan sumber daripada persekitaran, pengalaman, pemerhatian dan pembacaannya untuk mengetengahkan sesuatu perkara yang menarik agar dapat memberi manfaat terhadap pembaca. Menurut Arba’ie Sujud (2018) sastera adalah kehidupan yang menceritakan tentang manusia. Hal ini, dapat kita perhatikan dalam karya-karya milik sasterawan atau dari mana-mana makalah yang diterbitkan oleh pengarang yang hebat dan terkemuka. Unsur-unsur intelek yang terdapat dalam kesusasteraan bukan sahaja menjadikan karya sastera itu sebagai bahan hiburan semata-mata, tetapi lebih penting sebagai bahan untuk pembaca mendapatkan Pendidikan. Perkataan ‘sastera’ berasal daripada Bahasa Sanskrit iaitu castra yang membawa maksud kitab suci. Selain itu, kesusteraan pula membawa erti segala penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan, baik melalui lisan dan tulisan mahupun pembacaan dan pendengaran. Sastera yang terhasil merupakan satu alternatif kepada pengarang untuk meluahkan perasaan, melepaskan kecaman-kecaman dan bauran rasa yang terbuku didada. Ianya bertepatan dengan fungsi sastera sebagai alat pelepasan nilai rasa dan jerit naluri kehidupan manusia sejagat Arba’ei Sujud (2008). Namun demikian, Pelbagai maksud dan definisi yang dapat diterjemahkan daripada mana-mana sarjana dan sasterawan negara. Oleh itu dengan adanya pencerakian daripada perkataan sastera dapat memudahkan khalayak untuk mengingati dan memahami makna sastera dengan lebih teratur. Makna-makna daripada pencerakian huruf dari perkataan sastera seperti berikut:

i. S - Seni Bahasa

ii. A - Akaliah

iii. S - Sensitiviti

iv. T - Tersurat Dan Tersirat

v. E - Estetika

vi. R - Realiti

vii. A - Altrnatif

    Sebuah karya sastera yang dihasilkan mempunyai tujuan dan fungsi yang dapat dilihat berdasarkan pemikiran daripada pengarangnya. Selain itu, karya sastera juga tidak dihasilkan dengan kekosongan atau tanpa sebab, ianya merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan. Menurut Muhammad Haji Salleh (2000) beliau berpendapat bahawa peranan dan fungsi sastera zaman tradisional lebih meluas dan pelbagai cabarannya. Beliau berpandangan bahawa fungsi sastera zaman pramoden ternyata lebih meluas berbanding fungsi sastera pada zaman moden. Dari segi sastera Islam menekankan peranan dan fungsi sastera sebagai ‘adabiyah’ iaitu untuk memupuk adab budi, kesedaran,pendidikan, akhlak manusia dan bukan hanya seni semata-mata (Hadijah Rahmat 2001). Lantaran itu, terbukti bahawa setiap karya-karya yang dihasilkan oleh pengarang mempunyai mesej dan makna sejurus berfungsi untuk memberi kesan kepada khalayak pembaca. Terdapat beberapa orang sarjana dan pengkaji yang telah memberi pendapat masing-masing mengenai fungsi sastera kepada masyarakat. Antarnya ialah Ramli Isin, Muhammad Haji Salleh, Usman Awang dan Hashim Awang. Berdasarkan daripada pandangan mereka dapat disimpul kan bahwa fungsi dan peranan sastera merangkumi pelbagai aspek luaran dan dalaman dalam kehidupan masyarakat. Karya sastera bukan sahaja mempamerkan bahan atau menggunakan bahasa dan olahan yang indah sahaja tetapi ianya juga memiliki unsur-unsur intelek, tersirat dengan emosi dan perasaan yang penuh dengan ekspresi dan imaginasi serta kaya dengan sifat-sifat kreatif. Dalam kajian ini, penulis akan menggunakan contoh petikan yang terdapat dalam prosa klasik dan puisi klasik sebagai bahan kajian.

    Justeru itu, penulisan ini akan memfokuskan beberapa fungsi sastera yang diperoleh dari mana-mana makalah antaranya ialah sastera sebagai medium hiburan,medium protes atau kritik sosial, kemudian sebagai medium mendidik masyarakat dan akhir sekali sastera sebagai dokumentasi masyarakat yang akan dikupas dalam membincangan ini. Terdapat beberapa genre sastera yang akan digunakan sebagai bahan perbincangan antaranya sastera rakyat dan sastera sejarah yang terdapat dalam prosa klasik serta pantun,syair dan peribahasa yang terdapat melalui puisi klasik. Kesusasteraan bukan sahaja berunsur keindahan tetapi terkandung juga dengan unsur falsafah, pengajaran, pendidikan, kiasan, perbandingan hidup dan seni pemikiran. Karya sastera tidak hanya memberikan perasaan senang kepada pembaca, namun juga memberikan pendidikan melalui nilai-nilai ekstrinsik yang terkandung di dalamnya. Selain itu, peranan sastera dapat dilihat dengan pembinaan insaniah dalam kehidupan manusia agar dapat di praktik oleh setiap individu. tambahan pula, nilai kemanusian adalah sangat penting untuk diterapkan dalam diri masyarakat agar dapat membentuk moral dan akhlak yang baik bagi tujuan mengembalikan nilai sejagat yang terkandung dalam sastera. Justeru penjelasan berhubungan dengan fungsi sastera kepada masyarakat secara langsungnya berkaitan dengan persoalan hidup dan kehidupan masyarakat yang akan dijelaskan oleh penulis dalam perbincangan ini secara rinci.

Sastera Sebagai Medium Hiburan

    Selain dari membawa pengajaran dan pembelajaran,sastera juga bersifat menghiburkan khalayak, Misalnya, dalam sastera kitab, hiburan itu bukanlah keseronokan hedonistik untuk mencari kesukaan deriaan tetapi lebih bersifat pemuasan rasa ingin tahu atau nafsu terhadap maklumat, sementara hiburan cerekanya agak tipis, Dalam karya-karya mantera dan doa pula adalah untuk menyampaikan alatan untuk kelangsungan hidup lebih dipentingkan. Sementara itu, karya-karya cereka, hikayat dan syair, hiburan itu lebih bersifat terapeutik untuk menyembuh orang yang rawan, duka, nestapa dan bercinta. Selain itu, menjadi Penawar Nurani pembaca atau khalayak, Bahasa sastera bersifat emotif, menenagkan dan memberi kesenangan. Cerita penglipur lara merupakan salah satu daripada cerita sastera rakyat yang terdapat dalam prosa klasik ianya juga dikenali sebagai hikayat atau ceritatera. Hal ini membuktikan bahawa sesuai dengan nama penglipurlara yang membawa maksud sebagai hiburan bagi menghiburkan hati yang lara. Ceritanya berkisarkan dunia dihubungkan dengan kayangan,dewi-dewi dan kesaktian raja-raja yang ditandingi oleh puteri-puteri cantik yang dapat melupakan penderitan masyarakat sehari-hari dan tenggelam dalam cerita-cerita khayal tentang kemewahan dan kenikmatan. Terdapat kisah yang ceritakan secara lisan yang diiringi alat bunyi-bunyian seperti gambus dan gendang dalam Penceritaan Penglipurlara Di Perak,Awang belanga di kedah,Tok selampit di kelantan,Awang batil di perlis Dan Tukang kenterung di tanah jawa. Antara Penceritaan yang telah dibukukan seperti Cerita Sulung Jawa,Hikayat Malim Dewa,Hikayat Raja Muda Dan Hikayat Raja Seri Rama. Ternyata terdapat pelbagai lagi cerita penglipur lara yang dapat diperolehi agar dapat mengekalkan keharmonian sejagat. Kemudian diteruskan lagi dengan teliti melalui puisi klasik yang menerapkan unsur hiburan kepada masyarakat. Penghasilan Pantun juga mempunyai makna penyampaian yang tersendri dan juga berperanan sebagai penghibur masyarakat dari zaman dahulu sehingga kini. Hal ini dapat ditemui dalam contoh pantun jenaka dibawah:

Buah jering dari jawa

Naik sigai keatas atap

Ikan kering gelak ketawa

Mendengar tupai membaca kitab

    Menurut daud ahmad (1965) pantun ialah rangkapan tertua dan asli kepunyaaan orang-orang melayu. Justeru, banyak lagi pantun-pantun jenaka yang dapat kita peroleh melalui makalah-makalah yang telah dihasilkan oleh penulis serta berfungsi untuk menghiburkan masyarakat sekeliling. Pantun jenaka tidak jauh berbeza berbanding dengan pantun biasa yang lain. Hal yang dapat diperhatikan memalui perbezaan antara pantun jenaka dan pantun yang lain adalah dari segi makna dan isinya. Pantun jenaka lebih memfokuskan untuk menghiburkan hati pembaca kerana dalam pantun jenaka terdapat unsur-unsur dan perkataan yang memberi keseronokkan, terutamanya topik yang dapat menghadirkan banyak gelak ketawa ketika dibaca dan diperdengarkan. Oleh itu, Pantun jenaka agak sukar untuk dihasilkan kerana harus seimbang antara hiburan dan nilai-nilai yang hendak disampaikan.

Sastera Untuk Mendidik Masyarakat

    Selain menjadi mengubat jiwa,sastera adalah sebagai alat mengajar dan mendidik. Hasil-hasil sastera lisan adalah bersifat didaktif iaitu mengandungi unsur pengajaran dan pendidikan moral kepada masyarakat tradisi. Cerita-cerita lisan ini terselit nasihat, pengajaran, teladan, yang sangat berguna sebagai panduan ke arah kesejahteraan hidup masyarakat. Misalnya anak-anak dinasihati agar tidak mengamalkan sifat tamak, takbur, sombong dan bongkak seperti mana yang terdapat pada sifat-sifat tertentu yang ada pada binatang dalam cerita-cerita binatang. kemudian melalui cerita Si Tanggang pula anak-anak dididik agar tidak derhaka kepada kedua orang tua kerana anak yang derhaka tidak akan selamat hidup di dunia dan akhirat. Disini, terbukti bahawa cerita-cerita tersebut dapat dijadikan teladan oleh masyarakat sekeliling dan juga dapat memberikan impak yang positif kepada golongan kanak-kanak. Tambahan pula, melalui jalan cerita dalam cerita-cerita roman ada diperkenalkan dengan sifat kesetiaan kepada pemimpin, sikap yang dapat dicontoi dan amalan gotong-royong, Kerjasama serta tolong menolong yang merupakan moral disebalik penceritaan tersebut yang banyak memberi manfaat dan keberkatan terutama dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Oleh itu, dapat kita perhatikan dengan jelas bahawa sastera melayu mampu menjadi bahan Pendidikan buat masyarakat dengan adanya unsur-unsur seperti pengarajan,moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya terhadap masyarakat.

    Cerita binatang adalah salah satu bentuk sastera rakyat yang sangat popular menurut Liau Yock Fang (1978). Cerita binatang mempunyai watak-watak atau perwatakan utamanya terdiri daripada binatang yang diberi jiwa manusia iaitu pandai bercakap,berfikir, bertindak, menipu, tertipu dan sebagainya. Selain dari berlakon sesama binatang terdapat juga watak binatang berlakon dengan makhluk lain seperti manusia, raksasa atau benda lain yang tidak bernyawa. Antara cerita-cerita binatang yang sering didengari dalam masyarakat melayu adalah Hikayat Sang Kancil dan Hikayat Pelanduk Jenaka. Selain itu, terdapat cerita binatang di negeri perak dan kedah yang menceritakan buaya yang tidak tahu membalas budi. Namun, cerita binatang bukan sahaja dikenali dalam masyarakat melayu malah juga terdapat di seluruh dunia seperti di jawa, india dan eropah. Justeru, mereka menggunakan watak binatang yang berbeza tetapi peranannya masih sama iaitu untuk mendidik dan dijadikan teladan untuk masyarakat.

    Selain itu, peribahasa yang terdapat dalam puisi klasik terdiri daripada simpulan bahasa, perbandingan, perumpamaan, pepatah, bidalan, dan kata-kata hikmat ianya memainkan peranan penting dalam masyarakat di negara kita terutamanya di kalangan orang-orang Melayu. Peribahasa digunakan untuk menyampaikan sesuatu nasihat, teguran, atau ingatan secara kiasan atau sindiran. Peribahasa wujud apabila masyarakat Melayu menyedari betapa susahnya untuk memberikan nasihat atau teguran secara terus-terang kepada orang lain tanpa menyinggung perasaannya. Sebahagian besar pengajaran dapat diraih melalui pengalaman hidup. Kehidupan telah mengajar manusia supaya berwaspada dan berfikir sebelum bertindak supaya tidak menyesal pada kemudian hari. Pengajaran ini terakam dalam peribahasa seperti di bawah:

i. Sesal dahulu pendapatan

Sesal kemudian tiada berguna.

ii. Lepas di tangan jangan diharap

Orang pulang jangan dinanti

Mulut manis jangan didengar.

    Kesimpulannya, Peribahasa dapat dijadikan pegangan atau panduan di dalam kehidupan seseorang kerana banyak peribahasa mengandungi pengajaran yang tidak bercanggah dengan anutan agama, yang sentiasa mengajar manusia untuk mencari dan menganjurkan kebenaran, kemuliaan dan menegakkan yang hak. Menurut Izani Daud (2001) peribahasa merupakan gambaran secara berkias dan berseni tentang sesuatu keadaan dan berupaya mengisahkan ciri-ciri negatif masyarakat melayu. Oleh itu, peribahasa dapat dimanfaatkan oleh generasi sekarang dan masa depan sebagai pegangan dan panduan hidup.

Sastera Sebagai Medium Kritikan Sosial

    Di samping itu, sastera merupakan alat mengkritik yang mampu dijadikan sebagai cabang ilmu. Sehubungan dengan itu, kritikan sosial terdapat tiga perkara yang perlu diambil berat iaitu menilai, membandingan dan mengungkap mengenai suatu perkara. Namun, setiap perkara tersebut mestilah berkait rapat dengan nilai-nilai yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan. justeru, melalui kritikan sosial adalah salah satu tindakan dalam membanding, mengamati dan menilai sesuatu perkembangan secara cermat tentang kesan baik atau buruk yang perlu ada dalam masyarakat. Selain itu, tindakan mengkritik boleh dilakukan oleh sasterawan, sarjana dan sesiapa sahaja. Hal ini disebabkan, kritikan sosial merupakan suatu perkara penting untuk memelihara sistem sosial masyarakat. Tambahan lagi, kritikan sosial dalam sastera juga merujuk kepada satu bentuk komunikasi dalam masyarakat yang berfungsi sebagai pengawalan terhadap jalan sesuatu cerita dalam sistem bermasyarakat. Kritikan sosial yang terdapat dalam sastera sangat penting kerana ia berfungsi sebagai penyampai mesej kepada pembaca. Menurut (Agus Wibowo. 2008) karya sastera yang kritikal dan berimaginasi mampu menjawab setiap persoalan dalam kehidupan manusia. Misalnya, karya sastera mampu memberikan seribu satu jawapan yang dihadapi oleh manusia yang disertai dengan unsur keindahan mahupun keseronokan. Contohnya, dalam cerita Lebai Malang telah memegang watak yang terlalu bodoh sehingga mendatangkan kesan buruk kepadanya sendiri. Jelaslah bahawa kritikan sosial dalam sastera ini mampu dijadikan rujukan oleh masyarakat supaya sentiasa mengambil langkah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Cerita-cerita lisan lain juga digunakan sebagai saluran untuk membuat kritikan atau sindiran terhadap raja atau orang-orang bangsawan. Misalnya melalui cerita-cerita jenaka seperti cerita Pak Kaduk, jelas menyindirkan golongan berkuasa yakni raja yang bersikap zalim, tamak, dan pentingkan kuasa dengan mengenepikan kesejahteraan hidup rakyat jelata, melalui cerita Pak Pandir, Lebai Malang, ianya juga terselit unsur-unsur sindiran terhadap orang yang tamak,kedekut,gilakan kuasa dan orang-orang yang sering mengambil kesempatan atas diri orang yang lemah semata-mata untuk kepentingan nafsu dan kekayaan diri sendiri.

    Seterusnya Sejak dahulu lagi, seloka telah menjadi media mengkritik masyarakat walaupun pengarang sebenar kebanyakan seloka ini tidak dapat dipastikan, namun terbukti bahawa pemikiran dan pemerhatian mereka terhadap alam dan masyarakat di sekeliling amatlah tajam. Justeru, lebih mengagumkan lagi apabila kritikan mereka kekal relevan sehingga hari ini. Antara seloka yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu ialah Seloka Pak Kaduk, Seloka Pak Pandir dan Seloka Mak Si Randang yang berdasarkan pada cerita-cerita jenaka. Watak-watak seperti Pak Pandir, Pak Kaduk dan Mak Si Randang mewakili golongan yang telah menyebabkan kekacauan dalam masyarakat, lalu dikritik melalui sindiran yang tajam. Seloka terus hidup kerana kritikan-kritikan dalam seloka masih relevan dengan situasi pada hari ini. Sebagai contoh, Seloka Mak Si Randang yang mengisahkan seorang insan yang berbudi kepada orang lain sehingga sanggup berbuat apa-apa sahaja walaupun perbuatan itu merugikan sehingga merosakkan diri dan keluarga sendiri. Justeru, Mak Si Randang menanak nasi untuk dijamu oleh si dagang iaitu si perantau dari luar kampung dan meruntuhkan rumah untuk mendapatkan kayu bagi menyalakan api. Di smping itu, watak Mak Si Randang dikaitkan dengan pemimpin, khasnya untuk pemimpin politik yang mengabaikan hak rakyat asal kerana lebih mengutamakan tuntutan orang lain atau orang luar, walaupun seloka, sebuah karya puisi tradisional Melayu selalunya menyentuh perasaan dengan mendatangkan hiburan. Namun, isinya tajam dalam mengkritik masalah isu semasa yang berlaku dalam masyarakat sekarang (Zurinah Hasan 2021). Disini, jelaslah bahawa seloka dari puisi klasik ini berfungsi sebagai medium kritikan sosial yang dapat menyampaikan teguran serta kritikan dalam menanagani isu yang timbul sehingga hari ini.

Sastera Adalah Dokumentasi Kehidupan Masyarakat

    Sastera dapat dianggap sebagai perakam ilmu sesuatu bangsa. Sehubungan dengan itu, Ilmu di sini dapat ditakrifkan sebagai pelajaran yang teratur dan teruji daripada deretan pengalaman sesuatu bangsa, sesuatu masyarakat atau seorang manusia. Oleh yang demikian, karya-karya yang menurunkan maklumat dan fakta tentang perkembangan sejarah, tarikh kelahiran dan kematian seseorang raja, peperangan, penaklukan, perdamaian, persaingan, perdagangan dan kunjungan ialah ilmu sejarah. Pelbagai gambaran kehidupan masyarakat yang dapat kita lihat melalui prosa klasik seperti, sastera sejarah, sastera zaman peralihan, sastera pengaruh islam yang menceritakan tentang pelbagai ilmu-ilmu misalnya ilmu pembuatan, adat istiadat, asal usul dan sebagainya. Misalnya, cara membuat dakwat, melebur dan menggabungkan besi keris ialah teknologi warna dan logam. Sastera ialah alat dan wadah bangsa Melayu yang tercakup antara didalamnya karya agama, adat istiadat, hukum sejarah, salsilah, dan perubatan (Muhammad Haji Salleh:2000)

    Dalam khazanah terdapat ilmu binatang, ramalan dan keraksian manusia. Selain itu, khazanah juga amat kaya dengan kitab-kitab agama yang mempersoalkan, memperkembangkan serta memperhaluskan perbincangan, dan menyimpulkan pelbagai perdebatan agama Islam, daripada dasar-dasar utama rukun iman hinggalah kepada persoalan yang tergolong dalam daerah tasawuf, falsafah dan tauhid. Setelah kedatangan islam ke kepulauan melayu, telah memberi banyak sumbangan yang amat besar terhadap perkembangan intelektualisme orang-orang melayu. Islam telah memperkenalkan berbagai-bagai disiplin keilmuan kepada orang melayu seperti teologi, falsafah, mistisisme,logik dan perundangan. Pendokumentasian sastera rakyat dapat dilihat dari sastera daerah yang mana ianya merupakan sastera lisan yang bermula daripada bahan-bahan yang dirakam atau dicatatkan. Ianya bukan sahaja dikatalogkan malah dapat digunakan oleh perpustakaan atau penkaji sebagai sumber rujukan dan sebagainya. Justeru, pendokumentasian sastera bercorak lisan bukan sahaja bertujuan untuk mengabdikan sastera lisan tersebut akan tetapi ianya juga menyentuh dari segi penggunaan sebagai bahan kajian untuk mendalami dan mengetahui tentang budaya dan masyarakat yang telah dihasilkan oleh sastera. Sehubungan itu, didapati bahawa tradisi tulisan di rantau telah kaya dengan hasil-hasil kesusteraan. Misalnya dapat diteliti terhadap kesusteraan melayu atau kesusteraan jawa klasik. 
    Namun demikian, Menurut Rohani Rustam Dan Anwar Ridhwan (1979) penghasilan sastera tidak semata-mata bergantung pada tulisan, kerana melalui pengucapan bahasa lisan, sastera dapat dilahirkan. Selain itu, daripada ungkapan-ungkapan peribahasa,epik dan mitos ianya bukan sekadar cerita tetapi mempunyai banyak fungsi yang dapat diketengahkan. Kemudian, tradisi tulisan juga dapat mencerminkan pencapaian budaya yang tinggi dalam satu-satu peradaban, ianya dapat ditelusi melalui masyarakat melayu zaman lampau. Seterusnya, sastera juga menjadi sebagai alat perhubungan atau komunikasi sastera lisan, terutamanya hasil-hasil karya yang berbentuk puisi sebagai alat perhubungan yang paling istimewa untuk menyampaikan hajat. Misalnya dalam adat perkahwinan, orang-orang Melayu menggunakan pantun sewaktu berkomunikasi, antara wakil pihak pengantin lelaki dengan pihak pengantin perempuan. Pantun digunakan sewaktu adat merisik berlangsung adat meminang dan ketika majlis persandingan. Terdapat pelbagai jenis pantun yang mempunyai tema tertentu berkait rapat dengan perasaan cinta, kasih sayang, puji-pujian, nasihat, agama, adat, telatah dan corak hidup masyarakat (Jamilah Hj. Ahmad, 1993: 114) dalam Mohd Khairi bin Ariffin (2010). Antara contoh pantun yang digunakan sesetengah masyarakat untuk meminang:

Pihak lelaki:

Akar memanjat pohon ara

Nampaknya cantik berseri laman

Besarnya hajat tidak terkira

Hendak memetik bunga ditaman.

Pihak Perempuan:

Pohon cempedak ditepi titi

Pohon nangka buah sebiji

Kalau sudah berkenan dihati

Marilah kita mengikat janji

    Berdasarkan pantun di atas, ianya jelas menggambarkan tentang adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sejak dahulu lagi dan diamalkan sehingga ke hari ini. Pantun ini dipertahankan oleh mereka yang meneruskan adat ini dan menjadi kebanggaan orang Melayu sekarang. Pantun ini mengisahkan tentang sudah menjadi lumrah kehidupan atau menjadi kebiasaan seperti peribahasa pinang akan pulang ke gagang begitu juga dengan manusia mahukan pasangan hidup dan akan memilih pasangan hidupnya apabila sudah sampai jodohnya. Pantun yang biasanya dipertuturkan semasa adat merisik, pertunangan atau perkahwinan adalah gambaran bahawa orang Melayu sentiasa berkomunikasi secara bersopan dalam acara tertentu. tambahan pula, tegasnya, budaya masyarakat Melayu begitu unik dan kaya dengan kesenian bahasa antara kemahiran berpantun dalam setiap upacara adat. Setiap mereka yang bergelar lelaki akan mencari pasangannya iaitu seorang perempuan untuk menjadi peneman hidupnya. Pada kebiasaannya, pihak lelaki akan menghantar rombongan untuk merisik perempuan yang disukainya dan berniat untuk mengahwininya. Di dalam pantun adat ini, seorang lelaki akan bertindak sebagai ketua yakni selalunya bapa kepada anak lelaki dan rombongannya ke rumah pihak perempuan dan merisik tentang latar belakang gadis tersebut dan menyatakan tujuan mereka berkenaan hasrat pemuda yang ingin menikah dengan wanita itu. Pantun adat adalah bertujuan untuk memartabatkan adat sesebuah masyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Ini kerana, masyarakat Melayu sangat berpegang pada adat. Justeru, terdapat banyak pepatah serta ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu, tetapi kebanyakan adat adalah merujuk kepada peraturan kehidupan masyarakat tersebut. Dalam konteks ini, dapat dirumuskan bahawa pantun bukan sahaja berfungsi menyampaikan mesej semata-mata, tetapi ia menerangkan tentang kehidupan sesebuah masyarakat itu bagaimana ia berlaku dan berkesudahan.Namun demikian masih banyak bidang-bidang kesusteraan yang belum lagi didokumentasikan terutamanya khazanah dan adat-adat di bumiputra sabah dan sarawak. Oleh itu, sangat penting bagi pengkaji- pengkaji dan pelapis sasterawan untuk menyelongkar dan menggali khazanah yang tersembunyi agar dapat di ketahui oleh semua masyarakat tentang kehebatan dan keunikan kesusteraan melayu itu tersendiri.

    Akhir kata, sudah terang lagi bersuluh bahawa pantun sememangnya banyak kelebihan dan keistimewaannya tersendiri. Misalnya, pantun berfungsi sebagai hiburan, serta berguna dalam adat istiadat, sebagai nasihat, mengkritik dan sebagainya. Bagi meneruskan generasi orang terdahulu, kita bukan sahaja harus menghargai keunikan dan kesenian pantun Melayu, malah kita harus mempertahankan dan seterusnya membudayakan tradisi penggunaan pantun dalam kehidupan seharian agar tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas yang dibawa arus zaman yang serba canggih dengan kemodenan zaman milineum ini. Justeru, kita sebagai perwaris bangsa perlu bekerjasama ibarat aur dengan tebing, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat dalam usaha untuk terus memartabat dan memperkasakan pantun sebagai satu wahana dan mideum komunikasi sopan antara masyarakat Melayu yang terkenal dengan budi bahasanya. Oleh sebab itu, ternyatalah keistimewaan pantun dan peranannya dalam masyarakat tidak dapat dipertikaikan.

KESIMPULAN

    Sastera dapat menjadikan pembaca memahami kehidupan dengan lebih berfalsafah, iaitu dapat menerima keperihalan tentang manusia dan masyarakat yang kadangkala sukar untuk di tafsirkan oleh fikiran rasional. Sememangnya kehidupan manusia ini penuh dengan kemungkinan yang tidak terduga dan sastera mampu menjelaskannya. Pengarang ialah manusia kreatif yang memiliki kemampuan berfikir, berimaginasi, dan berbahasa untuk menghasilkan karya. Shahnon Ahmad (1991) menegaskan bahawa sastera sebagai seismograf kehidupan, iaitu sastera bukan sahaja mencatatkan tetapi menganalisis perihal manusia dan masyarakat. Berdasarkan penelitian dan perbincangan yang telah dilakukan dapat dirumuskan bahawa sastera mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu agar dapat memberi rujukan kepada masyarakat sehingga hari ini. justeru, tidak wajarlah untuk masyarakat menyisihkan sastera kerana ianya telah membeli impak yang besar terhadap kehidupan masyarakat. Oleh itu, sebagai masyarakat yang menghargai sumbangan sastera haruslah mengetegahkan dan mengangkat karya-karya sastera ini lebih jauh lagi hingga ke pelusuk dunia.

Sabtu, 16 Disember 2023

Kepentingan Teori Tempatan Dalam Kritikan Kesusasteraan Melayu




KEPENTINGAN TEORI TEMPATAN DALAM KRITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU


Mengamati tanggungjawab penulis dan pengarang dalam berkarya, lebih-lebih lagi pengarang generasi kini, mereka acap kali diagah untuk terus mengejar pembaharuan dan memecah sempadan kreativiti. Antara kajian dalam teks sastera adalah penciptaan teori sastera tempatan dan antara kepentingan teori sastera tempatan ini adalah untuk menguatkan prinsip pengkaji sastera, pengkritik malah pengarang itu sendiri. Teori dalam kajian sastera dicipta berdasarkan kriteria dan nilai yang diturunkan melalui teks-teks tempatan sendiri. Maknanya teori-teori tempatan yang dicipta itu berdasarkan etos, budaya dan roh bangsa Melayu sendiri. Pada padangan saya teori sastera akan terus mendapat tempat dalam gagasan ilmu ini. Sehubungan itu, teori sastera tempatan amat penting dan menjadi kegunaan para pengkaji dan pengkritik pada peringkat sarjana, esei-esei mahupun teks kritikan sastera di akhbar. Rentetan itu, generasi kini dan generasi hadapan haruslah menghidupkan teori sastera tempatan agar sentiasa berkembang dengan pesat. Teori dalam sastera sememangnya memainkan peranannya yang tersendiri, dan peranan itu adalah sangat penting untuk memajukan sastera sebagai gagasan ilmu dan pemikiran. Contohnya dalam kegiatan kritikan sastera, penggunaan teori adalah wajib dan perlu. Berlainan dengan apresiasi, resensi, resepsi dan ulasan, kesemua ini tidak perlu diaplikasikan teori sastera. Para pelajar dapat belajar secara berperingkat dan mendalam bermula daripada definisi teori tempatan yang pelbagai, pengasas teorinya, konsep teori, prinsip teori, kriteria malah sejarahnya sendiri untuk mereka menganalisis dan menggunakan teori sastera tempatan ini. selain itu, kreativiti dan pemikiran generasi baharu yang semakin menampakkan jalurnya dengan terbit banyak lagi teori sastera tempatan.

    Seterusnya, teori sastera tempatan akan terus kuat hidup, dengan menekan sekali lagi akan peranan penulis dan pengkritik sastera yang tampil mewakili generasi baharu. Teori tempatan akan kembang subur di medan akademik tempatan, namun syaratnya haruslah ada pengkaji, pengkritik, mahasiswa malah pengarang yang giat berkarya. Selain daripada teks karya mereka sendiri yang akan dikaji oleh pengkaji dan pengkritik, lalu membibitkan dan menerbitkan teori ini, pengarang juga perlu mengaplikasikan teori yang sedia ada dalam karya mereka, lebih-lebih lagi karyawan muda. Di samping pengkritik dan pengkaji, pengarang sendiri perlu berusaha untuk mempelajari teori tempatan dalam kajian sastera, mengamati dan meningkatkan daya upaya mereka sebagai penulis. Menurut Mana Sikana, teori sastera ini juga dicipta untuk kegunaan pengarang itu sendiri. Hal ini kerana pengarang dan karyawan khususnya penulis muda pada hari ini yang bertanggungjawab dalam mendefinisikan perkembangan sastera bangsa mereka, dan pengabaian terhadap teori tempatan dalam sastera akan mengeruhkan usaha itu.

Sabtu, 2 Disember 2023

Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah




Cerita ini mengisahkan tentang Dania, seorang gadis bandar yang memiliki seorang teman lelaki bernama Qabil. Hubungan mereka sangat terbuka sehingga Dania mengandung anak tanpa sah taraf. Namun, Qabil enggan mengambil tanggungjawab dan memutuskan untuk melarikan diri ke luar negara. Datuk Safuan (Ayah Dania) menginginkan agar Dania menggugurkan kandungannya, merasakan bahawa kehamilan Dania akan menghancurkan impian beliau yang kini sibuk berkempen untuk jawatan presiden persatuan niaga. Datin Kay, ibu Dania, dengan tekad menyembunyikan Dania di Wadi Safiyyah iaitu sebuah pusat perlindungan untuk gadis-gadis yang menghadapi masalah. Tanpa diduga pusat tersebut dimiliki oleh orang tua Qabil. Di Wadi Safiyyah, Dania mulai merasakan ketenangan dan dengan ikhlas menyerahkan cintanya kepada Allah. Kemudian, Iqbal kembali ke Wadi Shafiyyah yang menarik perhatian penduduk di sana, terutama Nora dan Sheera. Ustazah Umairah, adik angkat Iqbal, turut gembira dengan kepulangan beliau. Umairah selalu menyayangi Iqbal dan menaruh harapan besar padanya, setelah tunangannya, Siti Aisyah, meninggal dunia. Tanggungjawab mengendalikan Wadi Shafiyyah diserahkan oleh Haji Mukri kepada Iqbal. Di tempat tersebut, Dania bertemu dengan Iqbal dan tanpa disedari bahawa Iqbal adalah adik kandung kepada Qabil. Iqbal terkejut dengan wajah Dania yang mengingatkannya kepada arwah tunangnya yang telah meninggal dunia setelah Dania memakai tudung. Iqbal mulai memberi perhatian kepada Dania yang menyebabkan Ustazah Umairah tidak puas hati. Beberapa bulan kemudian, Qabil muncul di Wadi Safiyyah. Drama ini diilhamkan oleh novel ‘Aku Cinta Dia’ yang ditulis oleh novelis Sharifah Abu Salem. Kita sering melihat di kaca televisyen terutama drama-drama di mana seseorang jatuh cinta setelah melihat kecantikan atau ketampanan seseorang. Ramai antara mereka di luar sana yang mudah terikut dengan imaginasi yang tinggi selepas menonton drama-drama seperti itu, ternyata ada antara mereka dari kalangan remaja-remaja, lalu merasakan diri mereka sudah layak untuk bercinta sedangkan mereka sendiri tidak tahu apa itu cinta. Seperti yang kita dapat lihat sekarang, ramai perempuan yang hamil di luar nikah pada usia yang masih muda. Mereka beranggapan apa yang mereka lakukan adalah demi cinta. Sejauh mana erti cinta yang difahami mereka. Pada pandangan saya, drama ini sedikit berbeza dengan drama percintaan yang lain. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, drama ini mengetengahkan soal percintaan dan diselitkan dengan unsur keagamaan. Namun masih terdapat beberapa kekurangan yang harus dititikberatkan oleh penerbit agar tidak berlakunya kesalahfahaman tentang pergaulan dan pencintaan dalam Islam demi menjaga kesucian agama Islam itu sendiri.
 

Sabtu, 25 November 2023

Kritikan Filem Keluarga 69

    


    Filem Keluarga 69 ialah sebuah filem Melayu klasik bergenre komedi serta kekeluargaan yang diterbitkan pada tahun 1967. Filem Keluarga 69 diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih oleh Merdeka Film Productions juga dikenali sebagai Merdeka Film Studio. Selain itu, ianya merupakan sebuah studio perfileman Malaysia yang terletak di Ulu Klang, Selangor. Syarikat ini berjaya menerbitkan 89 buah filem Melayu dengan 81 filem hitam-putih dan lapan filem berwarna. Syarikat ini tidak aktif selepas pengeluaran filem Loceng Maut pada tahun 1977. Hal ini menyebabkan studio ini ditutup secara rasminya beberapa tahun kemudian kerana kemunculan televisyen berwarna pada tahun 1975 dan Shaw Brothers Ltd. di Hong Kong melalui studio. Bekas pengarah Sebelum penubuhan Merdeka Film Productions ini, ialah Cathay-Keris dan Ho Ah Loke yang terlebih dahulu menggunakan perkataan Merdeka dalam menubuhkan syarikat produksinya dengan penubuhan Merdeka Film Enterprise pada tahun 1958. Kemudian pada tahun  tahun 1959, syarikat produksi ini telah berjaya menerbitkan sebuah filem berjudul Hilang Gelap Datang Terang dengan usahasama produksi Perfini dari Indonesia yang turut menampilkan Dollah Sarawak, Maria Menado, Chitra Dewi, Rendra Karno serta beberapa artis dari Jakarta. Filem tersebut merupakan filem pertama dan terakhir keluaran syarikat berkenaan. Pada tahun 1960, Merdeka Film Enterprise telah bergabung dengan Shaw Brothers Ltd. dan Encik H.M. Shah kemudiannya menarik diri daripada menjadi rakan kongsi dengan Studio Cathay-Keris, maka tertubuhlah sebuah lagi syarikat perfileman di Ulu Kelang, Selangor dengan nama Merdeka Filem Studio sebelum bertukar kepada Merdeka Film Productions. Filem pertama yang diterbitkan oleh Merdeka Film Productions ialah Tun Tijah arahan Tan Sri L. Krishnan dan dibintangi oleh Abdullah Chik, Salmah Ahmad dan Mustapha Maarof. Kebanyakan artis yang membintangi filem-filem terbitan syarikat ini adalah kesemuanya dari produksi terulung Malay Film Productions (MFP) dan Cathay-Keris Film Productions yang berhijrah ke Kuala Lumpur bagi menyambung kerjaya seni reka selepas industri perfileman di Jalan Ampas, Singapura semakin merosot. 

    Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam filem ini adalah P. Ramlee iaitu pengarah kepda filem ini yang memegang watak sebagai Osman Bakar, anak orang kaya Bakar yang mempunyai banyak harta. Selain itu, Siput Sarawak atau nama sebenar Ramlah Mohamad lahir pada 1921 yang merupakan seorang seniwati filem Melayu. Beliau memegang watak sebagai Siti Mariam, janda Abu Samah, isteri baru Osman, ibu Aminah lahir; Beliau berlakon kali pertama dalam filem arahan B.S. Rajhans, Filem Cinta bersama S. Roomai Noor pada 1948.Filem Cinta memberi makna kerana selepas itu beliau dan S. Roomai Noor berkahwin, lalu dikurniakan cahaya mata yang dinamakan Ithnaini atau lebih dikenali sebagai Anita Sarawak. Noran Nordin sebagai Siti Noraini dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan pada tahun 1947, mula bergerak aktif dalam bidang lakonan drama pentas di waktu persekolahan. Di Usia muda, bakatnya sudah dikesan oleh seniman agung P. Ramlee ketika melakukan pementasan drama di sebuah sekolah di Ampangan Negeri Sembilan. Beliau terkenal sebagai watak 'LING' iaitu isteri Re dalam filem Do Re Mi (1966) dan juga isteri Ibrahim Din dalam Anak Bapak (1968) terlebih dahulu telah berlakon dalam beberapa buah filem sebelum itu. Rentetan itu,  A. R. Tompel sebagai Orang Kaya Bakar, bapa Osman, suami Aminah, duda mak Osman. A.R. Tompel atau nama sebenarnya Aman Ramlie bin Jaafar dilahirkan pada 24 Oktober 1918 di Tanjung Balai, Asahan, Indonesia. Sebelum menyertai bidang lakonan, A.R. Tompel sudah pun bergiat aktif dalam kumpulan bangsawan. Kemudian Khatijah Hashim sebagai Aminah yakni isteri muda Orang Kaya Bakar, anak kepada Abu Samah. Seterusnya, Habibah Haron sebagai janda En. Bakar, emak Osman, Bini baru Abu Samah manakala Salleh Ghani sebagai Badim bin Badam dan Idris Hashim sebagai Abu Samah yakni Orang Gaji orang kaya Bakar. Julie Faridah sebagai Faridah, tunangan En. Rashid Ed Osmera sebagai Encik Rashid pemilik Syarikat Rakaman Purnama. Karim Latiff sebagai Encik Ghazali pemilik Syarikat Rakaman Chap Angsa. Minah Hashim sebagai Timah, isteri Saidin Pekak. Ahmad Dadida sebagai Saidin Pekak. Yusof Bujang sebagai Yusof penganjur konsert. Orang dijumpai oleh Badim di stesen keretapi. Sharif Babu sebagai Karim. Mak Enon, A. K. Jailani, Ibrahim Joned, Noor K.K sebagai Pelanggan Warung.

    Filem ini mengisahkan tentang pertembungan antara dua keluarga berbeza, iaitu keluarga Bakar dan keluarga Abu Samah tetapi disatukan dalam cara yang luar biasa menerusi perkahwinan antara keluarga mereka.Pada mulanya, dua keluarga ini mempunyai perjalanan hidup berbeza, iaitu Abu bercerai dengan isterinya, Siti Mariam, manakala Bakar telah bercerai dengan Siti Noraini. Setelah Abu bercerai, beliau membawa anaknya, Aminah untuk tinggal sementara bersama dengan abangnya, Saidin Pekak dan kakak iparnya, Timah, sementara Abu mencari pekerjaan. Di sebelah keluarga Bakar pula, anaknya Osman Bakar hidup dalam kemewahan milik bapanya, Orang Kaya Bakar, tetapi diusir keluar dari rumah oleh bapanya kerana tidak tahan dengan sikap Osman yang selalu keluar berfoya-foya dan mabuk. Osman yang dahulunya bekerja dengan bapanya, terpaksa tinggal dengan Badim, iaitu salah seorang penyewa rumah milik Bakar. Mereka tinggal bersama di rumah tersebut dan cuba membuat pelbagai pekerjaan, akan tetapi berakhir dengan kegagalan. Setelah beberapa lama, mereka akhirnya dihalau oleh Bakar sendiri akibat daripada hutang sewa yang tidak berbayar. Setelah itu mereka terpaksa berkelana mencari pekerjaan sehingga ke luar negeri, dan bertemu dengan penganjur pentas nyanyian, Yusup, dan mereka dibawa ke Ipoh, Perak.

    Di situ mereka bertemu dan berkenalan dengan Siti Mariam yang bekerja di sebuah Kelab Malam di Ipoh. Osman menjadi penyanyi utama di pentas nyanyian tersebut sehingga diberhentikan atas kerana kegagalan Osman menghadirkan diri di satu persembahan malam akibat kecederaan dalam pergaduhan di kelab malam tempat Siti Mariam bekerja. Apabila mereka tiada lagi tempat tinggal akibat diberhentikan, Osman dan Badim dipelawa untuk tinggal serumah bersama dengan Siti Mariam dan rakannya, Ani. Sewaktu Osman dan Badim menghuni di rumah itu, Osman didatangi syarikat rakaman Purnama, En. Rashid, dan syarikat rakaman Chap Angsa, En. Ghazali. Pada mulanya, Osman bersetuju untuk menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman Purnama, hasil dari pujukan dan kepura-puraan Faridah, teman wanita En. Rashid. Pada waktu itu juga, Siti Mariam menaruh hati kepada Osman akan tetapi Osman lebih menyukai Faridah yang berpura-pura, menyebabkan Siti Mariam mengalami kekecewaan. Apabila Osman mendapat tahu bahawa dirinya dipermainkan oleh En. Rashid dan Faridah atas kerana kepentingan mereka, Osman yang teramat kecewa hampir melakukan bunuh diri dengan terjun dari bangunan. Perbuatan Osman tersebut sempat dihalang oleh Siti Mariam, Ani dan Badin yang datang mengekori Osman ke tingkat bumbung atas bangunan dan memujuknya. Faridah dan En. Rashid yang turut memerhatikan Osman diekori Siti Mariam, Ani dan Badin dari jauh, juga mengekori mereka sehingga ke tingkat bumbung atas tersebut. 

    Pada waktu itu, Faridah yang dituduh berpura-pura melahirkan hasrat hati pada Osman sehingga memutuskan pertunangan dengan En. Rashid, akan tetapi Osman yang dahulu menyukai Faridah, akhirnya beralih arah kepada Siti Mariam, dan mereka dikahwinkan bersama. Osman yang dahulunya menolak kontrak rakaman syarikat Chap Angsa, kini menerima kembali dan menjadi penyanyi syarikat tersebut. Bagi Abu pula, secara kebetulan, beliau mendapat pekerjaan dengan bekerja sebagai pembantu Orang Kaya En. Bakar. Sewaktu En. Bakar masuk ke hutan untuk memburu burung yang dibantu oleh Abu, En. Bakar terserempak dengan seorang gadis kampung yang sedang mencuci baju di sungai. Apabila En. Bakar menyuruh Abu melihat gadis tersebut, ternyata gadis tersebut adalah anak Abu, Aminah. Abu yang pada mulanya tidak memberitahu kepada En. Bakar yang gadis tersebut adalah anaknya, diarahkan oleh En. Bakar untuk mencari dan bertemu dengan keluarga gadis tersebut. Abu yang sudah sedia tahu Aminah tinggal bersama dengan keluarga Saidin Pekak dan Timah, terus ke rumah mereka dan meminta mereka berpura-pura menganggap Aminah adalah anak mereka. Abu juga menyuruh Aminah untuk melayan En. Bakar dengan baik. Setelah En. Bakar bertemu dengan keluarga tersebut, En. Bakar menyatakan hasrat untuk meminang Aminah.

    Aminah yang bersetuju dengan pinangan En. Bakar akhirnya dikahwinkan bersama. Apabila En. Bakar dan Aminah telah berkahwin, mereka tinggal bersama di rumah Bakar, dan Abu turut tinggal di rumah tersebut sebagai pembantu. Pada waktu itu Abu dan Aminah masih berpura-pura seperti tiada perhubungan kekeluargaan, walaupun mereka selalu tersasul di hadapan En. Bakar. Pada satu hari, Osman dan isteri barunya, Siti Mariam bercuti selama seminggu untuk bertemu dengan bapanya, En. Bakar. Apabila mereka sampai di rumah En. Bakar, Osman pada mulanya cuba menyelinap masuk rumah bapanya untuk melihat sikap bapanya terhadapnya, bertemu dengan Aminah yang baru keluar dari dapur. Osman yang tertarik dengan Aminah, disapa oleh bapanya. Pada mulanya En. Bakar menyangka Osman sedang mabuk, akhirnya menerima Osman kembali ke rumahnya setelah Osman menjelaskan telah meninggalkan perkara haram tersebut dan menjadi seorang penyanyi rakaman berjaya. Sewaktu itu, En. Bakar memperkenalkan Aminah sebagai ibu tiri baru Osman. En. Bakar juga melahirkan hasrat supaya Osman berkahwin, akan tetapi Osman telah menyatakan yang beliau telah berkahwin dan isterinya ada diluar rumah. En. Bakar dengan itu lantas menyuruhnya masuk untuk diperkenalkan kepada En. Bakar dan Aminah. Apabila Osman memperkenalkan En. Bakar dan Aminah, Aminah, iaitu anak kepada Siti Mariam, dan Siti Mariam, ibu kepada Aminah, sama-sama terkejut kerana akhirnya mereka bertemu semula setelah sekian lama. Siti Mariam menyatakan beliau telah mengutus surat kepada anaknya, Aminah, akan tetapi suratnya tidak diterima kerana Aminah telah berpindah. 

    Pada waktu itu, En. Bakar dan Osman turut terkejut, pening serta tidak terkata kerana mereka berkahwin dengan orang lain yang juga sama-sama ibu dan anak. Walaupun perkahwinan mereka sah disisi syarak, tetapi timbul persoalan tentang panggilan kekeluargaan masing-masing. Osman pada mulanya berbincang dengan bapanya dan mencadangkan pertukaran isteri dengan bapanya, tetapi tidak dipersetujui En. Bakar. Keadaan mereka bertambah keliru apabila Abu masuk ke dalam rumah En. Bakar untuk memperkenalkan isteri baru Abu, dan pada waktu itu jugalah, Siti Mariam bertemu semula dengan Abu. Pada waktu itu, semuanya terbongkar apabila diketahui Abu merupakan duda kepada Siti Mariam dan bapa kepada Aminah. Tidak cukup dengan itu, Siti Noraini, janda kepada En. Bakar dan ibu kepada Osman, masuk ke dalam rumah En. Bakar dan membuka satu lagi kekeliruan yang Abu kini telah berkahwin dengan Siti Noraini. Dari situ mereka sama-sama bertemu dalam satu rumah, akan tetapi kekeliruan yang besar timbul tentang bagaimana panggilan antara mereka, sehingga Osman menyatakan "keluarga ini telah menjadi tunggang-terbalik, keluarga songsang, keluarga 69".

    Umum mengetahui bahawa filem-filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee penuh dengan nilai dan pengajaran. Walaupun tersirat, mesejnya cukup terang dan mudah difahami. Pada pandangan saya filem keluarga 69 ini memaparkan kisah kerumitan hubungan kekeluargaan yang dialami oleh sebuah keluarga besar disebabkan berlakunya perkahwinan silang antara mereka yang mengelirukan. Hal ini dikatakan sedemikian, kerana masing-masing berkahwin secara sembunyi tanpa mengetahui atau menyembunyikan hubungan kekeluargaan sedia ada, perkara tersebut telah menyebabkan hubungan kekeluargaan antara mereka saling bersilang dan menjadi semakin rumit. Kita mungkin menontonnya sebagai hiburan tapi sebenarnya filem tersebut menimbulkan persoalan berkaitan hubungan kekeluargaan melalui perkahwinan yang dibenarkan oleh syarak. Rentetan itu, terdapat barisan pelakon yang memegang pelbagai watak yang berbeza turut menghiburkan para penonton dengan gelagat mereka yang mencuit hati. Sebagai contoh, Saidin Pekak dikenali dengan masalah pendengarannya dan sering dimarahi orang di sekelilingnya kerana asyik memberi jawapan yang tidak berkaitan dengan soalan yang ditanya. Pada pandangan saya, Allahyarham P. Ramlee amat bijak dalam menghasilkan filem-filem sebegini yang membuatkan kita, berfikir secara kritis walaupun persembahan jalan ceritanya bergenre komedi. Perkara tersebut tidak mustahil boleh berlaku kepada masyarakat pada masa kini terutamanya bagi mereka yang tidak mengenali saudara-mara, apatah lagi tidak mahu mengambil tahu asal usul keluarga sendiri. Justeru itu, Islam amat menitikberatkan soal perhubungan, salasilah dan zuriat nasab keturunan. Ini bagi memelihara umat manusia daripada sebarang perlakuan keji seperti zina, sumbang mahram, pergaulan bebas dan hubungan songsang yang bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan masyarakat, bahkan boleh menyebarkan wabak penyakit sama ada berkenaan kelamin mahupun genetik, pengabaian dan kezaliman dalam institusi rumah tangga serta keruntuhan akhlak dan kehidupan generasi akan datang. Ini juga berkaitan dengan hukum-hukum syariah dalam kehidupan seharian yang lain seperti soal nasab, wali nikah dan hak pembahagian harta pusaka. Oleh itu, Perlu juga kita ingat bahawa Islam telah menggariskan batas-batas pergaulan yang perlu diikuti walaupun dalam kalangan kaum kerabat ahli keluarga seperti hubungan mahram dan bukan mahram yang melibatkan aurat, adab bersalaman, safar (perjalanan bersama) dan bersekedudukan terutamanya ketika dalam majlis kenduri-kendara, rumah terbuka, ziarah hari raya dan majlis perkahwinan saudara mara.


Ahad, 12 November 2023

Catatan Kampung Koy

 



Catatan Kampung Koy


Pada hari Sabtu bersamaan 21 Oktober 2023 telah berlangsungnya program Moh Mengemping dan Sukan Rakyat Dipaya Kertau, Maran, Pahang. Ianya melibatkan beberapa buah kampung yang berdekatan yakni Kg Sekara, Tanjung Kertau, Kg sebelah, Musir, Bukit Kening dan yang sekitar dengannya. Program tersebut telah mendapat sambutan yang agak menggalakkan dengan adanya sukan rakyat misalnya, sepok bolo dalam sawoh, kukur nyor, mengemping padi, pukul bantal, ngail dalam paya, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan sebagainya. Hal ini kerana, setelah sekian lama program-program sebegini tidak diadakan ianya telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua penduduk kampung yang terlibat. Seingat saya, waktu terakhir program sebegini diadakan adalah pada 10 tahun yang lalu. Pada waktu itu, umur saya baru sahaja mencecah 12 tahun dan mengikuti bonda saya yang masuk bertanding mengemping padi bersama beberapa lagi penduduk kampung yang lain untuk mewakili Kg Sekara .

Lantaran, aktiviti-aktiviti yang diadakan telah mengingatkan kembali nostalgia penduduk kampung pada zaman kanak-kanak mereka, disamping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara penduduk kampung . Selain itu, anak-anak muda generasi kini juga berpeluang untuk mengenal dan menyertai sukan rakyat yang sering dimainkan oleh nenek moyang mereka pada suatu zaman dahulu. Hal ini dikatakan demikian kerana, generasi muda pada hari ini lebih terdedah serta terpengaruh dengan teknologi sahaja dan kecenderungannya lebih kearah perkara yang moden dan memandang enteng dengan sukan rakyat yang bersifat tradisional ini. 

Rentetan itu, hal ini haruslah ditegah agar mereka tidak melupakan warisan tinggalan nenek moyang yang telah menjadi khazanah peninggalan zaman berzaman yang sangat bermakna. Ianya juga penting supaya generasi kini tidak menyesal dan terkilan pada masa yang akan datang kelak. Justeru, saya yang juga merupakan anak jati Kg Sekara yang turut menyaksikan kemeriahan pada program tersebut, serta berpeluang untuk menyertai pertandingan kukur ngor yang diadakan pada hari program tersebut. Pengalaman ini sangat bermakna pada diri ini. Tahniah diucapkan kepada pada penganjur, dan saya berharap agar program ini diadakan setiap tahun agar ianya akan menjadi tradisi sekaligus membuka mata penduduk kampung yang lain untuk melakukan perkara yang sama.


Ahad, 29 Oktober 2023

Tokoh Sufi Syeikh Hamzah Al-Fansuri



Syeikh Hamzah Al-Fansuri


Nama sebenar Hamzah Fansuri adalah syeikh hamzah al-fansuri syeikh ismail aceh merupakan Seorang penyair dan ahli tasawuf yang berasal dari Barus, Sumatera Aceh. beliau dilahirkan pada abad ke-16 Masehi dan wafat pada akhir pemerintahan Sultan Iskandar Muda Meukuta Alam di daerah Singkel. Beliau dikenali pada masa kekuasaan Sultan Alaudin Ri‘ayat Syah Sayid al-Mukammil di Aceh pada penghujung abad ke-16. Beliau hidup antara pertengahan abad ke-16 dan awal abad ke-17. Tambahan Nama di belakangnya fansuri merupakan perkataan bahasa arab yakni "Fansur" apabila diterjemah dalam bahasa Melayu menjadi “Barus”. Hamzah Fansuri merupakan ulama besar yang diperkatakan bahawa beliau telah melakukan perjalanan ke Timur Tengah, mengunjungi beberapa pusat pengetahuan Islam seperti Mekkah, Madinah, Yerusalem dan Baghdad. Beliau juga telah mengembara ke beberapa negeri seperti Pahang, Kedah dan jawa. Justeru itu, sepanjang pengembaraan beliau telah menggunakan waktu rehat untuk mengarang syair-syairnya sehingga dikenali sebagai ahli tasawuf dan menyampaikan ilmu tasawuf melalui syair-syair yang dikarangnya. Hamzah Fansuri terpengaruh dengan kitab-kitab yang dikarang oleh ulama-ulama besar Parsi antaranya ialah Jalaluddin Rumi. Beliau telah mempelajari ilmu tasawuf dari Syeikh Abdul Qadir Jilani. Setelah mengembara ke berbagai negara Islam beliau kembali ke tanah airnya serta mengembangkan ajaran tasawuf tersebut. Beliau juga telah menguasai beberapa bahasa antaranya ialah, bahasa Arab, Parsi dan Urdu. Hamzah Fansuri dan Syamsuddin Sumatrani dianggap sebagai pengembang Tarekat Wujudiyyah (penganut paham wahdat al-wujud). Namun ajaran mereka ditentang oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri kerana dianggap ajaran sesat. Tulisan-tulisannya berkenaan ajaran wahdatul al-wujud juga dianggap dapat merosakkan iman. Kemudian kitab-kitab yang dikarangnya dibakar dan dihapuskan sehingga tinggallah beberapa naskah sahaja yang dapat diselamatkan. Istilah waḥdah al-wujūd merupakan gabungan dua perkataan berasal daripada lafaz bahasa Arab. Menurut pandangan sufi islam , wahdatul al-wujud merujuk kepada kewujudan Allah yang maha esa dan kewujudan mengenai alam ini adalah sebagai tempat tajalli iaitu penzahiran terhadap kewujudan zat Allah.


Karya-karyanya

Asrar al-Arifin (Rahsia Orang yang Bijaksana)

Naskah ini merupakan salah satu karyanya yang terpanjang iaitu sebanyak 65 halaman bagi menerangkan tentang perjalanan ilmu Tasawuf dan keesaan Allah. Kitab ini, juga membahas masalah ilmu tauhid dan ilmu tarekat menurut aliran Wahdatul Wujud.

Sharab al-Asyikin (Minuman Orang Yang Cinta Pada Tuhan)

Merupakan kitab tasawuf yang pertama ditulis dalam bahasa Melayu yang membicarakan syariat, tarekat, hakikat, makrifat dan zat Allah. Beliau menghasilkan kitab ini bagi memenuhi tuntutan masyarakat Melayu di Aceh pada saat itu berkenaan masalah Tasawuf Wujudiyyah. Tujuan beliau menghasilkan karya ini untuk menjelaskan dan menunjukkan bagaimana cara untuk mendekati Allah dan mengenali-Nya.

Al-Muntahī (Orang Yang Mahir Atau Pakar)

Kitab ini adalah karangan Hamzah Fansuri yang paling ringkas tetapi sangat padat isi kandunganya. Kitab ini merupakan pedoman bagi manusia yang sudah arif dalam ajaran Wujudiyyah. Hamzah Fansuri mengumpulkan ayat ayat suci Alquran, hadits, ucapan para sufi dan penyair dalam karya ini.

Zinat al-Muwahidin (Perhiasan Sekalian Orang yang Mengesakan)

Karya ni ditulis kepada mereka yang baru mulai menapak di jalan tasawuf . Ianya merupakan karya yang mengandungi perbuatan syari’at, tarekat, hakikat, dan ma’rifat. Selain itu, karya ini juga menjelaskan bahawa Tuhan yang Maha Sempurna dan yang Maha Mutlak.

Ruba'i Hamzah Fansuri

Naskah ini merupakan karya sastera yang berbentuk puisi yang terdiri daripada 42 rangkap sajak yang mengandungi ajaran Syeikh Hamzah Fansuri itu sendiri iaitu wahdatul wujud.

Hamzah Fansuri Merupakan penyair pertama di dunia Melayu yang memperkenalkan syair sebagai bentuk pengucapan sastera. Kandungan dari syairnya merupakan cerita yang panjang mengenai ajaran tasawuf wujudiyyah.

Syair Si Burung Pingai

Syair ini, Melambangkan jiwa seorang musafir dengan menggunakan tamsilan burung unggas sebagai wujudnya kebebasan seseorang dan perjalanan rohani seorang dalam mencari jati diri yang sebenarnya. Ianya Ibarat mendekatkan hubungan manusia dengan Tuhan. Syair ini pengaruhi oleh mantiq al-thair karangan al-Athar.

Syair Ikan Tunggal

Syair ini, merujuk pada hubungan antara manusia dengan Allah Ta'ala. Manusia diibaratkan seperti seekor ikan yang berenang di lautan yang amat luas. Manakala Allah Ta'ala diibaratkan seperti air laut yang sangat luas dan dalam. Justeru itu keluasan dan kedalaman air laut tidak dapat dilukiskan dengan akal pikiran seperti luas dan dalamnya ilmu dan zat Allah S.W.T. itu sendiri.

Syair Sidang Fakir

Syair ini, mengemukakan cara untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui ciptaan-Nya, iaitu manusia dan alam semesta, memahami kedudukan hamba dengan Tuhan , mengimbangi syariat dengan hakikat dalam pelajaran tarekat, mengenal nafsu dan cara mengawalannya. syair ini boleh menjadi panduan landasan kepada masyarakat Alam Melayu dalam penghayatan agama Allah.

Syair Dagang

Syair ini, mengetengahkan tentang manusia yang perlu menahan hawa nafsu dari segala keinginan dan mengamalkan sikap sederhana. Selain itu, beliau juga ingin menyampaikan tentang kehidupan manusia yang perlu menjauhi dari sifat ketamakan.

Syair Perahu

Syair ini termasuk syair yang melambangkan tubuh manusia sebagai perahu yang berlayar di laut. Pelayaran tersebut digambarkan penuh dengan mara bahaya. Namun Jika manusia berlayar dan yakin pada Allah, maka dia akan selamat dan dapat mencapai kedekatan dengan Allah.

Kesimpulan

Syeikh Hamzah Fansuri merupakan seorang ulama Sufi dan penyair Melayu Klasik yang banyak menyumbang dalam syair-syair dan risalah-risalah tasawuf. Justeru itu, sangat besar jasanya dalam proses Islamisasi bahasa Melayu. Oleh itu, Karya-karya syair Syeikh Hamzah Fansuri dijadikan sebagai pedoman dasar dalam pengembangan sastera Melayu dan Nusantara.

Isu Semasa